CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1636|Reply: 7

Budak 11 Tahun Jatuh Pokok, Kantung Skrotum Ditusuk Kayu

[Copy link]
Post time 1-9-2021 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak terselamat selepas sebatang kayu sepanjang lima sentimeter menembusi kantung buah zakarnya selepas dia terjatuh dari sebatang pokok, lapor akhbar The Sun semalam.


Kanak-kanak berusia 11 tahun itu dilaporkan sembuh sebulan selepas insiden tersebut meskipun  kehilangan beberapa milimeter daripada testikelnya.


Ketika kejadian, dia sedang memanjat sebatang pokok, namun hilang imbangan secara tiba-tiba yang mengakibatkannya terjatuh.








Kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital empat jam selepas kemalangan berlaku.


Gambar hasil imbasan doktor menunjukkan terdapat sebatang kayu  menembusi bahagian bawah kiri skrotum kanak-kanak terbabit.


Doktor turut mengimbas bahagian tersebut bagi mengesahkan bahawa testikelnya tidak mengalami kerosakan sebelum mengeluarkan kayu tersebut.


Sebaik kayu itu dicabut, kanak-kanak berkenaan diberikan ubat  antibiotik dan suntikan tetanus bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman.


Sebulan selepas dirawat, kanak-kanak tersebut dilaporkan telah sihat sepenuhnya.


Dalam pada itu, seorang pakar bedah urologi , Jonathan Glass berkata, kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana kayu itu tidak mengenai testikel atau arteri utama yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan serius.


“Kecederaan yang akan mengubah seumur hidupnya akan berlaku sekiranya kayu itu mengenai uretra, testis atau zakar.


“Bahagian-bahagian lain yang turut berisiko adalah pundi kencing, usus kecil dan besar serta arteri dan urat-urat utama,” jelasnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
abah aku pernah rabun sebelah mata gara2 panjat pokok. Tapi tu la sampai sekarang tak serik2 panjat pokok, siap beli alat memanjat lagi di shoppe. Aku plak walau dh kemalangan berkali2 pernah gak trauma sekejap, tapi tak serik nak memandu kereta. Cam sekali tu ada bebudak lelaki melayu sengkek 4-5 ekor bersembang tak ingat dunia tapi bangang gi langgar belakang kereta aku time hujan. Kebetulan time tu dah senja nak balik gi rumah sewa sebab kerja di negeri orang. Dah kereta buruk suka2 je kau bawak laju menyembang. Dasar budak2 bbnu bodoh takde duit tapi nak bergaya. Pengecut dah langgar, sekor pun tak berani keluar kereta. Nasib ko baik sangat2  terlanggar aku perempuan melayu sejenis penakut, kalau kau langgar perempuan cina/india kena bayar beribu2 la jawabnya atau merengkok dalam balai polis sebab bawa cuai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ughhhhhhh nasib ko bertuah dek non
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
adik aku oernah kena mcm ni  pd tahun  1993
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 1-9-2021 06:45 PM
adik aku oernah kena mcm ni  pd tahun  1993

Dh kawen ke adik uols

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 1-9-2021 07:31 PM
Dh kawen ke adik uols

Anak dah 3...dia oergi gelongsor di palang gol bolasepak..tersangkut di cangkuk utk.letak net bola
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ngeri plak
panjang umur budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 1-9-2021 10:06 PM
Anak dah 3...dia oergi gelongsor di palang gol bolasepak..tersangkut di cangkuk utk.letak net bola

Syukur function very well
Hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.388855 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list