CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 938|Reply: 0

[Kedah] Bomba cari lelaki dipercayai tersesat dalam hutan

[Copy link]
Post time 31-8-2021 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Bomba cari lelaki dipercayai tersesat dalam hutan[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 31, 2021 @ 9:09pmbhnews@bh.com.my


Anggota bomba dengan bantuan penduduk kampung melakukan pencarian lelaki dipercayai hilang di kawasan hutan di Kampung Alor Yoi, hari ini. - Foto ihsan JBPM




PADANG TERAP: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai tersesat selepas memasuki kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Alor Yoi, Jalan Nai Teh, Mukim Padang Temak, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan lelaki berkenaan, Mohd Faizal Ibrahim, 37, pada jam 4.52 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang diketuai Mohd Ariff Awang Kecik tiba di lokasi pada jam 5.06 petang.

"Operasi disertai lapan anggota dan dua jentera dari BBP Kuala Nerang.

"Setibanya di lokasi, mangsa dilaporkan hilang seawal jam 4 pagi dan dipercayai memasuki kawasan hutan berhampiran rumahnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, komander operasi melaporkan memulakan pencarian dengan bantuan penduduk kampung membabitkan kawasan tali air di sawah padi dan kawasan kebun getah, tetapi setakat ini tiada petunjuk.

"Operasi pencarian malam ini diteruskan di kawasan sekitar rumah mangsa dan Pusat Kawalan Bomba (PKB) dibuka berhampiran rumah mangsa.

"Bagaimanapun operasi pencarian ditamatkan dan akan diteruskan esok," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.084172 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list