View: 765|Reply: 2
|
[Sabah]
Masalah sistem otot perlu utamakan rawatan moden
[Copy link]
|
|
LAHAD DATU: Penduduk yang mengalami penyakit yang melibatkan sistem otot rangka dinasihatkan untuk merujuk kepada perubatan moden sebelum mendapatkan rawatan alternatif lain.
Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Lahad Datu, Dr. Goh Teik Chiang berkata sakit di bahagian otot atau ketumbuhan luar biasa perlu diperiksa menggunakan kaedah moden terlebih dahulu.
“Kita tidak menghalang sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan alternatif, tetapi lebih baik mereka membuat pemeriksaan pakar di hospital lebih awal bagi mengelakkan berlaku komplikasi serius.
“Pilihan rawatan adalah sangat penting supaya penyakit yang dihidapi tidak sampai ke tahap yang lebih serius sehingga terlambat untuk dirawat dengan perubatan moden,” katanya.
Menurutnya, tahap kesedaran mengenai rawatan moden terlalu rendah terutamanya masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.
“Pengaruh media sosial juga antara faktor ramai orang memilih untuk menolak perubatan moden dan terus mengambil pilihan rawatan tradisional.
“Selain itu, iklan yang melampau terhadap keberkesanan rawatan alternatif dan tradisional juga mendorong orang ramai terpengaruh untuk mendapatkan khidmat mereka,” katanya.
Goh berkata, terdapat kes lebih mengejutkan dimana pesakit berani membuat pembedahan sendiri dengan memotong ketumbuhan pada kakinya sehingga mendatangkan kesan yang buruk.
“Apabila pesakit tersebut merujuk ke hospital, ia sudah terlambat dan mendapati terdapat ketumbuhan luar biasa ataupun kanser sehingga kakinya terpaksa dipotong.
“Pihak Hospital tidak mempunyai pilihan selain terpaksa memotong kaki pesakit berkenaan supaya tidak melarat lebih serius,” katanya.
Katanya, terdapat pesakit yang menyalahkan pihak hospital kerana tidak menyelamatkan anggota badan mereka tetapi sebenarnya dia yang gagal mendapatkan rawatan pakar lebih awal.
Menurut Goh, terdapat juga kes berlaku di Lahad Datu melibatkan seorang kanak-kanak yang hanya terseliuh ringan akibat kemalangan.
“Namun keluarganya memilih untuk mendapatkan rawaran tradisional sehingga kanak-kanak itu mengalami komplikasi yang dikenali ‘compartment syndrome’ kerana terlalu lama dibiarkan.
“Tangan kanak-kanak itu membengkak, hitam dan membusuk sehinggakan pihak hospital terpaksa memotong bahagian yang buruk bagi mengelak sakitnya berterusan,” katanya.
Tambah Goh, pengalamannya merawat pesakit berumur 60 tahun yang menghidapi masalah gout dan kolestrol berjaya dipulihkan kerana mendapat rawatan awal.
“Pesakit itu dibedah Julai lalu dan sekarang dia sudah boleh berjalan sendiri dan tidak memerlukan tongkat seperti sebelum rawatan.
“Saya berharap semua masyarakat peka terhadap masalah penyakit yang mereka hadapi dan perlu mendapatkan pemeriksaan di hospital supaya tidak terlambat mendapatkan rawatan pakar,” katanya.
oleh
Hamzah Sanudin
|
|
|
|
|
|
|
|
Seelok nya pergi lah dapat kan rawatan moden dulu...
tak berjaya baru cari cara alternatif ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Good info |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|