View: 1749|Reply: 4
|
Fairuz A Rafiq Pernah Susah Sampai Tak Mampu Beli Susu Anak Lepas Cerai
[Copy link]
|
|
Fairuz A Rafiq berkongsi pengalaman pilu sepanjang membesarkan anak tunggalnya, King Faaz selepas bercerai dengan Galih Ginanjar pada 2014.
Menurut laporan Suara.Com, Fairuz berkata, dia bekerja keras menyediakan keperluan anak lelakinya itu sehinggalah bertemu jodoh dengan Sonny Septian.
Kredit foto: IG Fairuz
"Selama saya membesarkan Faaz, ada satu masa saya tidak mampu beli susu... saya buat apa sahaja kerja yang halal dari pagi sampai saya tak ada masa sendiri.
"Yang penting saya boleh besarkan Faaz, bagi dia sekolah dan bahagiakan dia. Alhamdulillah sampai sekarang saya boleh beri dia kebahagiaan. Kemudian datang pula Sonny yang melengkapkan kehidupan dan kekosongan kami.
"Saya bersyukur dapat besarkan dia jadi anak yang baik dan tahu agama. Saya tak pernah burukkan bapanya, sampai sekarang saya tak pernah bercakap benda itu.
"Tapi setiap kali berbual dengan Faaz, dia seperti tahu ibunya ini tersakiti, dari dulu dia merasakan hal itu. Tapi apa pun yang berlaku ini membuatkan saya jadi kuat... saya kuat kerana dia (Faaz)," katanya dalam program Okay Boss Trans7.
Selepas bercerai dengan Galih, Fairuz berkahwin pula dengan Sonny pada 21 Mei 2017.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
manis betul muka anak dia cm gula melaka dalam putu piring |
|
|
|
|
|
|
|
Gila betul budaya macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Galih, Fairuz, Sonny, Faaz.
Semua aku tak kenal. {:freak
Sapa ni weh? |
|
|
|
|
|
|
|
Galih- laki yg ceraikan bini kata kemaluan bau ikan masin
Fairuz - wanita tersakiti dikatakan kemaluan berbau ikan masin
Sonny - tok laki baru si fairuz
Sekian hasil carian google
Btw lawa nya fairuz ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|