Pengarah dan aktor terkenal tanah air, Hans Isaac berkongsi video menarik berkaitan matematik dan politik di Instagramnya.
Video dengan kapsyen "Sila beri pendapat. Hahhaa" tersebut mendapat perhatian wargamaya dan juga selebriti tempatan seperti pelawak Shahrol Shiro.
Kredit foto: IG Hans/Shahrol
Video itu memaparkan pemilihan menteri kabinet ditemu duga dan disoal dengan soalan matematik.
Ahli politik yang berjaya memberi jawapan memuaskan kepada Presiden akan dilantik sebagai menteri kabinet baru.
Melihat video yang dikongsikan pelakon tersebut membuatkan pelawak tanah air ini memberi pandangannya mengenai politik.
Melihat pandangan yang diberikan itu, Hans Isaac menyatakan dirinya memahami ulasan tersebut tetapi menegur Shahrol supaya tidak menyamakan lawak dan politik kerana ianya perkara berbeza.
Dalam masa sama Hans juga membalas dengan menerangkan kunci penting dalam video yang dikongsikannya itu adalah untuk tidak memberi jawatan kepada ahli politik yang hanya tahu menuruti keinginan pemimpin kerana itu bukan praktik yang betul.
Berikutan jawapan balas yang diberikan Hans itu, pelawak Shahrol juga memberi jawapan balas semula dengan menyatakan bahawa dirinya juga tidak menujukan pada mana-mana parti.
Dia juga menjelaskan bahawa apabila pemimpin membuat keputusan, ianya tiada yang salah mahupun betul dan memerlukan rakyat untuk membentuk politik yang baru.
Sumber: Murai |