CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 694|Reply: 0

[Kedah] Tak benar hospital lewat bantu pesakit

[Copy link]
Post time 31-8-2021 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Tak benar hospital lewat bantu pesakit[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - Ogos 31, 2021 @ 10:39ambhnews@bh.com.my



Pegawai perubatan perlu mengambil masa lima minit untuk pakai PPE lengkap sebelum memeriksa pesakit yang dilaporkan jatuh di wad. - Foto hiasan NSTP




ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menafikan lewat memberi bantuan kepada pesakit COVID-19 yang jatuh di wad seperti yang didakwa dalam video tular di media sosial semalam.

Pengarahnya, Dr Othman Warijo, berkata pesakit terus diperiksa pegawai perubatan selepas dimaklumkan kejadian itu jam 2.25 petang.

JKN melakukan siasatan segera selepas lelaki terbabit didakwa lewat mendapat bantuan petugas hospital. Pada hari kejadian, setelah rondaan wad pagi selesai, pegawai perubatan serta jururawat menanggalkan pakaian perlindungan diri (PPE) kira-kira jam 1.45 petang.

Pada jam 2.25 petang, petugas wad diberitahu seorang pesakit telah jatuh dari katil. Pegawai perubatan bertugas bergegas memakai PPE lengkap dan terus memeriksa pesakit yang didapati terbaring di lantai wad, pemakaian PPE telah mengambil masa kira-kira lima minit.

"Ketika itu, pesakit didapati tiada lagi tanda-tanda hidup. Pesakit telah dinaikkan semula ke katil dan disahkan meninggal dunia dan punca kematian pesakit adalah Severe COVID-19 Pneumonia," jelas beliau dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular di media sosial video berdurasi 37 saat memaparkan pesakit lelaki berusia 60-an terjatuh di lantai sebelum meninggal dunia di hospital di Sungai Petani kerana didakwa berlaku akibat kecuaian doktor dan jururawat.

Video dimuat naik seorang pengguna Facebook (FB) itu menunjukkan pesakit terbabit yang memakai kain tanpa baju, berjalan dalam keadaan lemah sebelum terjatuh.

Mengulas lanjut, Dr Othman berkata, pesakit adalah seorang warga emas yang telah dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, pada Khamis lalu (26 Ogos) setelah dirujuk oleh Pusat Penilaian COVID-19 Daerah Kuala Muda.

Pesakit mempunyai sejarah beberapa penyakit kronik dan dijangkiti COVID-19 kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen.

"Sepanjang berada di wad, keadaan pesakit kurang stabil dan memerlukan tekanan oksigen yang semakin tinggi. Pesakit itu bagaimanapun kelihatan tidak selesa dengan alat bantuan oksigen yang dipakaikan dan dipantau dengan lebih kerap oleh petugas kesihatan yang boleh bertutur dalam bahasa ibunda pesakit bagi memantapkan komunikasi," katanya.

Dr Othman, berkata berkata pakar perubatan telah bertemu dengan ahli keluarga pesakit pada petang yang sama dan menjelaskan situasi sebenar kejadian semalam.

Katanya, ahli keluarga sememangnya telah maklum keadaan pesakit yang kian merosot sebelum itu dan menerima baik penjelasan yang diberikan pihak hospital.

"Pihak jabatan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan kesal atas penularan video berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.

"Justeru kami meminta orang ramai menghentikan penularan video berkenaan bagi menghormati keluarga mendiang," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.071266 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list