CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1893|Reply: 4

[Kedah] Polis tahan 3 beranak tipu jualan kosmetik dalam talian

[Copy link]
Post time 30-8-2021 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan 3 beranak tipu jualan kosmetik dalam talian[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 30, 2021 @ 8:42pmbhnews@bh.com.my




ALOR SETAR: Polis seorang wanita dan dua anak perempuannya di sekitar daerah Pendang dan Alor Setar kerana disyaki terbabit dalang kes penipuan penjualan barangan kosmetik tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes mangsa penipuan dalam urusan pembelian produk kecantikan jenama sendiri yang tidak wujud melalui laman Instagram.

Beliau berkata, susulan itu, pada 17, 18 dan 22 Ogos lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah menahan tiga wanita masing-masing berusia 53, 31 dan 28 tahun yang disyaki menjadi dalang kes berkenaan dalam tangkapan Merpati (Internet Scam).

"Siasatan mendapati, ketiga-tiga mereka dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak 2018.

"Penangkapan ketiga-tiga mereka membantu polis menyelesaikan 14 kes berkaitan penipuan menggunakan modus operandi sama sebelum ini," katanya.

Elias berkata, pihaknya menasihatkan mangsa lain yang ditipu tiga suspek berkenaan supaya tampil membuat laporan polis.

Beliau turut mengingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan tawaran penjualan barangan secara dalam talian terutama membabitkan harga rendah sebelum membuat transaksi.

Semakan awal terhadap kesahihan maklumat diterima boleh dibuat di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau melalui aplikasi Check Scammer CCID yang boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan mengetahui modus operandi jenayah komersil terkini melalui laman Facebook rasmi http://www.facebook.com./CyberCrimeAlertRMP/, http://Facebook.com/JSJKPDRM/ dan http://m.facebook.com/jsjkked/






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kosmetik jenama sendiri ntah sape2 je mereka ni..Ada jgk yg percaya lalu membeli tu..ujung2 kena tipu.ape tak cukup ke jenama yg dh established kt pasaran baik yg local mahupun Korea mari
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Emak borek anak rintik
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh baiklah kau berniaga betul2, jual kerepek ke, sambal, kimchi, apa2 je lah... apa yg best nya scam org ni, tido pun tak tenang
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka. buat naya macam tak mati esok kome kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.352061 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list