View: 1513|Reply: 7
|
Perompak Ikat Tebusan Atas Bumbung Kereta, Jadi ‘Perisai Manusia’
[Copy link]
|
|
Sekurang-kurangnya 10 orang awam dijadikan tebusan dan ‘perisai manusia’ oleh kumpulan bersenjata ketika melakukan rompakan di sebuah bank di Sao Paulo semalam.
Rakaman video dikongsikan dalam media sosial menunjukkan barisan tebusan berdiri di tengah jalan sambil diacukan senapang oleh anggota kumpulan bersenjata itu.
Kredit foto: Metro.co.uk
Bunyi tembakan dan letupan turut kedengaran di lokasi kejadian.
Laporan awal memaklumkan, kumpulan bersenjata lengkap dengan bahan letupan menyerang anggota polis yang mengawal bank sebelum pecah masuk premis berkenaan.
Beberapa kenderaan turut dibakar untuk dijadikan halangan di hadapan pintu masuk bank tersebut.
Selain itu, ada juga tebusan yang diikat atas bumbung kenderaan yang digunakan kumpulan bersenjata untuk melakukan rompakan.
Sekurang-kurangnya seorang anggota polis dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.
Menurut pihak berkuasa, insiden berbalas tembakan antara polis dengan kumpulan bersenjata itu berakhir pada pukul 1.50 pagi waktu tempatan sebelum kesemua perompak itu melarikan diri.
Polis ketika ini masih memburu kumpulan tersebut.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
ganasnya..san polo tu kt mana..bnyik mcm brazil |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau belah2 sana, tak terkezut lerr |
|
|
|
|
|
|
|
Melarikan diri dengan hasil rompakan ke atau x semoat bawa hasil rompakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Punyala ganaz ye penjahat kat belah sana |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz: ganasnya..san polo tu kt mana..bnyik mcm brazil
Haah kat brazil sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam cerita money heist pulak |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kejam betul depa ni kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|