CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 0

[Kedah] Dua tokan dicekup dalam kereta

[Copy link]
Post time 30-8-2021 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Dua tokan dicekup dalam kereta[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


Antara dadah yang dirampas dalam serbuan JSJN Kedah selepas menahan dua lelaki disyaki tokan. FOTO IHSAN PDRM





Alor Setar: Dua lelaki disyaki tokan dadah ditahan polis dalam kereta Proton Iswara ketika serbuan di hadapan bangunan kedai, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, Sungai Petani pada 25 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin berkata, serbuan dilakukan pada 12 tengah hari oleh sepasukan pegawai dari JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah selepas mendapati kereta terbabit berhenti di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, hasil serbuan, pihaknya menahan dua lelaki tempatan berumur 22 tahun dan 28 tahun dan merampas sebuah beg.

"Hasil pemeriksaan di dalam beg itu menemui empat bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan putih disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 1,800 gram (g), dua bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan warna kuning disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 900g.

"Turut ditemui dua bungkusan plastik hijau bertulis guanyinwang berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 2,072.50g.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah RM108,000 dan ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dadah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, JSJN IPK Kedah menyita harta suspek iaitu seutas rantai dan loket bewarna kekuningan bernilai RM1,500 dan sebuah motosikal Yamaha LC 135 bernilai RM5,800.

Menurutnya, suspek direman bermula tujuh hari mulai 26 Ogos hingga 1 September untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kejayaan ini hasil usaha JSJN Kedah dalam memastikan aktiviti pengedaran dadah berjaya ditumpaskan.

"Polis sentiasa memerlukan kerjasama serta pembabitan masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di sekeliling mereka," katanya.





Disiarkan pada: Ogos 30, 2021 @ 1:25pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.158799 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list