|
Sejak akhir-akhir ini, penyanyi rap dan pendakwah bebas, Caprice sering memuat naik gambar di Instagram dengan berbaur sindiran.
Ketika isu panas melanda Ustaz Ebit Lew berkaitan dengan siasatan polis atas kes gangguan seksual, Caprice memuat naik gambar tupai. Ramai yang membuat spekulasi gambar itu merujuk kepada Ebit dan peribahasa melayu.
Foto: IG
Kali ini menerusi gambar terbaru yang dimuatnaik, Caprice seolah-olah menyindir tentang pemilihan kabinet baharu hari ini. Caprice memuatnaik gambar almari yang dipanggil kabinet dengan kapsyen;
“Baru order tadi.. guys comment below which cabinet paling ok untuk Caprice pasang kat rumah… A or B? (Swipe left)”
Dengan meletakkan dua gambar almari yang sama, jelas menunjukkan Caprice cuba menyampaikan pesanan tentang pemilihan kabinet baharu namun tetap sama. Di ruangan komen, ternyata pengikutnya faham apa yang dia cuba sampaikan.
Terdahulu, menerusi Malaysiakini, perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. -CARI
Sumber: Murai.my
|
|