Foto :
Pendakwah bebas, Dato' Ustaz Kazim Elias membuka akaun TikTok untuk lebih dekat dengan generasi baru pada awal tahun ini.
Bagaimanapun, ada pula yang memberi komen bahawa Ustaz Kazim tidak seharusnya berada di Tik Tok kerana lebih banyak perkara negatif di sini.
Namun, ini jawapannya untuk pemberi komen.
Dengan rendah diri juga, Ustaz Kazim, 49 meminta maaf jika kehadirannya di platform itu tidak disenangi.
"TikTok tak baik ya. Minta maaf lah kalau saya masuk ni tak baik. Saya pun tak tau dia tak baik."
Foto :ig
Menjelaskan dengan lanjut bahawa medium dakwah sangat luas. Menjadi tanggung jawab setiap individu untuk berdakwah. Selagi mana digunakan pada jalan betul, selagi itu lah tidak salah.
"Asalnya hukum harus, jadi haram jika kita melihat content haram atau menonton yang haram. Begitu lah sebaliknya"
Sebenarnya dengan kehadiran agamawan di pelbagai platform, ianya lebih membuatkan dakwah itu dapat disampaikan sesuai dengan khalayak di platform yang berbeza. Apa pula pendapat anda? - CARI |