View: 1236|Reply: 7
|
Mayat Di Ladang Jagung- Nenek Dibunuh Jiran Kerana Disyaki Dukun Ilmu Hitam
[Copy link]
|
|
Nenek berusia 60 tahun dari daerah Sumbawa, Nusa Tenggara Barat meninggal dunia disyaki dibunuh jirannya.
Tribunnews melaporkan mayat mangsa ditemukan di ladang jagung Kampung Tengah, Utan, dekat Sumbawa, jam 9 pagi, 16 Ogos lalu.
Suspek berusia 43 tahun dikenali Masten dipercayai melakukan perbuatan itu kerana dendam dan menganggap mangsa dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
Foto: Tribunlombok
TribunLombok.com melaporkan mayat nenek malang itu ditemui dalam keadaan menyayat hati.
Mangsa dikatakan keluar pada waktu pagi untuk mencari asam di ladang jagung miliknya yang terletak 50 meter dari rumahnya.
Dia keluar sendirian kerana suaminya terlantar sakit di rumah.
Suasana menjadi kecoh apabila cucu mangsa menemukan neneknya itu dalam keadaan tidak bernyawa dan mengesyaki wanita itu dibunuh.
Pegawai Penyiasat Jenayah Balai Polis Sumbawa, Akmal Novian Reza memberitahu tiga individu dipanggil untuk memberi keterangan.
"Tiga individu terbabit masih berstatus saksi dan belum dikenal pasti sebagai suspek," katanya seperti dilaporkan TribunLombok.com.
Polis memberkas suspek jam 12.15 tengah malam, Isnin lalu.
Suspek tidak melawan ketika ditahan dan pemeriksaan membawa kepada penemuan bahan bukti.
Antaranya termasuk parang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, baju dan seluar milik suspek. Barangan itu dirampas dan dibawa ke balai. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by midori_katana at 27-8-2021 11:01 AM
edit: kerana telah berlaku salah faham yg teruk ketika membaca artikel ini... |
|
|
|
|
|
|
|
.. suspek berusia 43 tahun dikenali Masten dipercayai melakukan perbuatan itu kerana dendam dan menganggap mangsa dukun yang mengamalkan ilmu hitam..
|
|
|
|
|
|
|
|
ok.. tq ...iols dah silap faham ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana dia tahu nenek tu sihir dia?anta santau ke..ada tracking number ke?
Antara masalah ilmu hitam ni..tkde org bole tau si polan yg sihir si A..psl bole jadi fitnah aja..masa nabi dishir,yg bitau tu pun malaikat..nabi taraf rasul pun xtau ..
Jadi.
Yg perawat klu betul2 Islam ..dia tkkn tau sapa penghantar sihir .klu dia ngaku tau..mmg dh termakan langkah setan la tu .tu yg jadi tuduh menuduh,bunuh bagai..
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian nenek..ingtkn kt belah africa kejadian ni.
dendam mmbawa padah. |
|
|
|
|
|
|
|
camne dia tau nek tu dukun?
ngintai spy celah2 rumah |
|
|
|
|
|
|
|
hahah jalman now sihir pakai pos kan.. boleh check tracking
|
|
|
|
|
|
|
| |
|