CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1106|Reply: 1

Zulfahmi harap anak didik dapat sertai kejohanan dunia

[Copy link]
Post time 27-8-2021 07:23 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Zulfahmi Khairuddin akan berusaha memastikan dua anak didiknya, Adam Norrodin serta Syarifuddin Azman memperoleh slot untuk beraksi pada Kejohanan Motosikal Dunia musim depan.

Pengurus ZK Racing itu berkata, langkah pertama yang akan dilakukannya adalah cuba bertanyakan kepada pasukan Moto2 dan Moto3 sedia ada pada Grand Prix (GP) British d Litar Silverstone hujung minggu ini sekiranya ada slot untuk kedua-dua pelumba negara itu beraksi pada musim depan.

"Untuk Adam dan Damok (Syarifuddin) berlumba pada Kejohanan Dunia musim depan bergantung kepada bajet daripada penaja kami serta SIC (Litar Antarabangsa Sepang).

"Kita mungkin akan bekerjasama dengan pasukan sedia ada di Kejohanan Dunia. Untuk teruskan dengan pasukan sendiri kosnya amat mahal.

"Kekangan kami ketika ini adalah masa semakin suntuk. Sekarang sudah bulan lapan, jadi nak cuba dapatkan penaja saya rasa kami tidak cukup masa.

"Tak kisahlah sama ada kita berlumba bersama pasukan lain atau pasukan Malaysia, asalkan ada pelumba Malaysia di Kejohanan Dunia, itu yang paling mustahak," katanya.

Usaha yang dilakukan bekas pelumba negara itu selepas Petronas menamatkan kerjasama sebagai penaja Sepang Racing Team (SRT) bermula tahun depan, pasukan yang pada asalnya menjadi sasaran untuk menempatkan kedua-dua pelumba itu.

Penamatkan kerjasama itu menyaksikan tiada lagi pasukan dalam kategori Moto2 serta Moto3 dan SRT akan bergerak sendiri dengan hanya memberi fokus kepada kategori perdana, MotoGP.

Adam dan Syarifuddin ketika ini beraksi di Kejohanan CEV FIM.

Adam bakal kembali beraksi di Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing sebagai pengganti Jake Dixon pada perlumbaan GP British hujung minggu ini.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2021 07:23 AM | Show all posts

Bekas Pelumba Moto 3 Negara, Zulfahmi Khairuddin. FOTO File NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.073889 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list