CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1709|Reply: 4

[Pulau Pinang] 16 dikompaun RM32,000 'dine-in' hingga 11.30 malam

[Copy link]
Post time 26-8-2021 11:05 PM | Show all posts |Read mode
16 dikompaun RM32,000 'dine-in' hingga 11.30 malam[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 26, 2021 @ 8:54pm[email protected]



Foto hiasan





BUKIT MERTAJAM: Seramai 16 individu dikenakan kompaun RM32,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana melakukan aktiviti 'dine in' melebihi masa ditetapkan di sebuah premis makanan di Jalan Perusahaan Bukit Tengah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata aktiviti berkenaan terbongkar selepas pihak polis mengadakan pemeriksaan di premis itu jam 11.30 malam Rabu lalu.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan polis mendapati 16 pengunjung lelaki didapati melakukan aktiviti tidak dibenarkan iaitu 'dine in' melebihi masa yang ditetapkan.

"Berikutan itu semua mereka ditahan sebelum masing-masing dikenakan kompaun RM2,000.

"Pengusaha premis yang juga seorang wanita turut dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana melanggar SOP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengunjung dan pengusaha premis berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 26 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan jangkitan) 2021.

Dalam pada itu, Shafee berkata, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas pengusaha premis makanan dan orang awam yang melanggar undang-undang serta SOP yang sedang berkuatkuasa.

"Oleh itu, semua pihak dinasihati supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2021 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
selamat menderma
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ikut la peraturan tu.. kan dah kena semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 08:15 AM | Show all posts
lepas tu ckp polis kejam la apa la.....dah korang yg xmau ikut arahan
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
salah siapaaaa?
salah sendiriiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.039253 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list