CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1119|Reply: 0

[Perlis] Keganasan rumah tangga meningkat di Perlis

[Copy link]
Post time 26-8-2021 07:32 PM | Show all posts |Read mode
Keganasan rumah tangga meningkat di Perlis[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - Ogos 26, 2021 @ 7:08pmbhnews@bh.com.my


Foto hiasan





KANGAR: Keganasan rumah tangga di Perlis meningkat 12 kes sehingga bulan lalu, terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan sejak tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas negeri, Siti Berenee Yahaya, berkata jumlah itu sangat berbeza dengan kes yang direkodkan pada Jun hingga Disember tahun lalu iaitu hanya empat kes.

Beliau berkata, berdasarkan kenaikan kes terbabit ia sangat ketara akibat tekanan hidup dialami orang ramai, terutama pasangan suami isteri yang masing-masing kehilangan pekerjaan.

"Ia menyebabkan mereka hilang punca pendapatan, ditambah lagi anak tidak dapat bersekolah menambahkan lagi tekanan perasaan setiap individu terutama ketika pelaksanaan PKP.

"Oleh itu, tindakan yang diambil oleh kita adalah menawarkan khidmat bantuan nasihat melalui kaunselor bertauliah dari Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 di Kompleks DUN, di sini, hari ini.

Katanya, pada masa sama sebanyak 31 peratus panggilan khidmat kaunseling diterima oleh kaunselor dari agensi dan jabatan berkenaan dengan sebahagiannya menghadapi masalah rumah tangga.

"Tidaklah semua panggilan membawa kepada keganasan rumah tangga dan nasihat yang diberikan juga ada yang dapat diselesaikan dengan cara baik.

"Namun, ada juga yang berakhir dengan perceraian apabila rekod kita menunjukkan sebanyak 576 kes perceraian dilaporkan sepanjang tahun lalu.

"Dari Januari hingga awal Ogos lalu pula 264 kes perceraian dilaporkan dan bagi saya jumlah ini adalah tinggi untuk tempoh lapan bulan pertama ini," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.045772 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list