CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 811|Reply: 0

[Kedah] 47 kesan runtuhan di Gunung Jerai

[Copy link]
Post time 26-8-2021 07:02 PM | Show all posts |Read mode
47 kesan runtuhan di Gunung Jerai[size=0.8]Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Ogos 26, 2021 @ 4:46pm[email protected]



PETA lokasi 47 kesan runtuhan yang dikesan berlaku di Gunung Jerai.





ALOR SETAR: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengesan 47 kesan runtuhan tanah terutama di bahagian barat Gunung Jerai, yang menjadi antara punca berlaku bencana minggu lalu.

Kebanyakan runtuhan itu dikesan pada lereng gunung berhampiran Titi Hayun dan Batu Hampar, yang menyebabkan berlaku aliran lumpur serta puing di kawasan penempatan di kaki gunung.

Pengarah JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman, berkata kesan runtuhan berskala kecil dan besar itu dikesan Pasukan Task Force Bencana Geologi, yang melakukan pemantauan melalui udara dan siasatan di lokasi kejadian sejak 19 Ogos lalu.

"Sehingga petang semalam, pasukan penyiasat JMG mengesan 47 kesan runtuhan iaitu 25 di Titi Hayun, Batu Hampar (10), laluan naik Gunung Jerai (10) serta masing-masing satu di Tanjung Jaga dan Lembah Bujang.

"Runtuhan yang dikesan, termasuk bersaiz kecil dengan kelebaran antara dua meter dan lima meter, manakala bersaiz besar dengan kelebaran antara 10 meter hingga 50 meter. Kebanyakannya dikesan di Titi Hayun dan Batu Hampar.

"Kawasan lereng gunung di Titi Hayun dan Batu Hampar masih dianggap berisiko untuk berlaku runtuhan susulan," katanya pada sidang media di Pejabat JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 18 Ogos lalu, berlaku fenomena kepala air dan banjir lumpur sekitar Yan, Gurun dan Merbok, yang menjejaskan kira-kira 1,000 keluarga selain merosakkan banyak infrastruktur serta kemudahan, dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM75 juta.

Abdullah berkata, pihaknya percaya bencana geologi yang berlaku di Gunung Jerai itu disebabkan faktor alam semula jadi.

"Kawasan lereng gunung dijangka kembali kukuh berikutan runtuhan yang sudah berlaku.

"Kajian mendapati kebanyakan runtuhan berlaku dalam kawasan formasi Jerai, dengan batuan terdiri daripada jenis syis dan kuartzit yang mengalami proses luluhawa, kesan hujan serta berada pada kedudukan cerun antara 70 darjah dan 80 darjah.

"Kita juga selesai melakukan proses pemetaan di setiap lokasi runtuhan, namun proses pengumpulan data masih dilakukan bagi kawasan runtuhan di Tupah, yang memerlukan bantuan dron Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JuPem)," katanya.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan bencana geologi yang berlaku di Gunung Jerai adalah lebih teruk berbanding yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996, namun kedudukan penempatan yang jauh menyelamatkan banyak nyawa.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.061460 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list