CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1846|Reply: 11

[Kedah] Lan Pet Pet jadi pegawai tugas khas peguam

[Copy link]
Post time 25-8-2021 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Lan Pet Pet jadi pegawai tugas khas peguam

  • Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
  • 25 Ogos 2021, 6:46 pm



Lan Pet-Pet (kiri) bersama peguam, Datuk Dr. Aswandi di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.



ALOR SETAR – Selepas tujuh bulan mendalami ilmu perundangan, pelawak popular, Mazlan Ahmad hari ini memulakan tugas pertamanya selaku pegawai tugas-tugas khas kepada peguam terkemuka, Datuk Dr. Aswandi Mohamed Hashim.

Menurut Mazlan atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet, tindakan itu diambilnya kerana minat yang timbul sejak sekian lama terhadap bidang perundangan setelah menonton filem Hollywood dan Bollywood terutama berkaitan hujah-hujah peguam di mahkamah.

Artis berusia 52 tahun itu bagaimanapun berkata, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang seni sebaliknya akan cuba membahagikan masa untuk terus terlibat dengan dunia penggambaran selepas ini.

“Tempoh tujuh bulan ini bagi saya cukup unik. Sepanjang tempoh itu, saya menjalani latihan di Firma Guaman AHC milik Aswandi dan di situlah saya mula belajar mengenai perkara-perkara asas termasuk etika bercakap dengan orang awam, berpakaian serta memahami situasi dalam mahkamah.

“Orang mungkin kata saya ‘rempang’ (gila-gila) dan keloloh apabila melihat saya. Namun jika diberi karakter serius seperti peguam ketika melakukan penggambaran, insyaAllah saya boleh lakukan,” katanya.

Dia ditemui pemberita ketika mengiringi Aswandi mengendalikan satu kes di Mahkamah Majistret Alor Setar di sini hari ini. – K! ONLINE.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 11:46 PM | Show all posts
teringat cerita ajay devgan, dlm movie tu dia suka tgk cita law, csi bagai, jadi org mai kat dia utk solve problem, dia igt mcm mcm law terms, last2 dia guna untuk cover up kes bunuh anak polis... lupa dah cerita apa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa job scope pegawai tugas khas ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 12:13 AM | Show all posts
Namun jika diberi karakter serius seperti peguam ketika melakukan penggambaran, insyaAllah saya boleh lakukan,” katanya.



ye kerrr.. aku terbayang elok2 tengah serious kang tetibe dia bertrompet
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mama_neko replied at 25-8-2021 11:46 PM
teringat cerita ajay devgan, dlm movie tu dia suka tgk cita law, csi bagai, jadi org mai kat dia utk ...

Drishyam ke? Yang dia tanam anak polis tu bawah tapak balai polis tengah dok buat tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mama_neko replied at 25-8-2021 11:46 PM
teringat cerita ajay devgan, dlm movie tu dia suka tgk cita law, csi bagai, jadi org mai kat dia utk ...

Mcm best je..cite baru ke lama?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2021 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo dia tgk film boliwud tu mesti dia tgk Jolly LLB ..akshay kumar jd lawyer
judge dlm film tu lawak gila
sempat dia betulkan english kat wedding invitation anak dia ms tgh perbicaraan kes.....dlm kad tu tulis sunil Wets sumithra
patutnya Weds
kalo wets tu mmg dah lain sgt maksudnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
good luck!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 07:28 AM | Show all posts
Gomea replied at 26-8-2021 12:37 AM
Drishyam ke? Yang dia tanam anak polis tu bawah tapak balai polis tengah dok buat tu ke?

a'ah.. rasanya dirsham tu, dia tanam anak polis bawah balai polis..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 07:29 AM | Show all posts
Cece1234 replied at 26-8-2021 12:37 AM
Mcm best je..cite baru ke lama?

cita lama sis... ajay devgan, ada tabu, mmg best, agak dramatic tapi best jugak layan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
mama_neko replied at 25-8-2021 11:46 PM
teringat cerita ajay devgan, dlm movie tu dia suka tgk cita law, csi bagai, jadi org mai kat dia utk ...

Dhrisyam..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 10:34 AM | Show all posts

itulah, gigih pi search balik .. hahahaha... lupa tajuk... best kan cerita ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047841 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list