CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1016|Reply: 1

[Kedah] Polis tingkat kawalan kekang penyeludupan ketum

[Copy link]
Post time 25-8-2021 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Polis tingkat kawalan kekang penyeludupan ketum

  • Oleh MOHD. RIFAAT ABD. HAMID


  • 25 Ogos 2021, 7:30 pm



Kamarul Zaman menyampaikan pingat Jasa Pahlawan Negara kepada pesara polis, Yahya Samad yang lumpuh di kediamannya di Taman Jati, Kuala Nerang, hari ini.



KUALA NERANG – Polis terus mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang kegiatan penyeludupan daun ketum ke negara jiran itu yang dijangka meningkat selepas kerajaan Thailand mengeluarkan tumbuhan tersebut daripada senarai dadah berbahaya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kawalan dan rondaan di sempadan menerusi Op Benteng akan terus dipergiatkan bersama pasukan keselamatan lain.

“Seperti mana kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain di dalam akhbar hari ini bahawa terdapat kemungkinan aktiviti penyeludupan ketum ini meningkat, maka kita akan tingkatkan kawalan terutamanya menerusi Op Benteng,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Op Bantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di sekitar Kuala Nerang, hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, walaupun kerajaan Thailand membuat keputusan tersebut, undang-undang di negara ini tetap sama yang mana aktiviti penyeludupan daun ketum itu adalah salah.

Dalam Op Bantu itu, seramai 200 keluarga miskin menerima sumbangan dan lima pesara polis menerima pingat Jasa Pahlawan Negara (JPN). – K! ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau kndri kawen tak rebua ketum 1kawah tak meriah ohh. nak bejaga jaga lauk malam tu hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.476143 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list