View: 3170|Reply: 20
|
[Sarawak]
Acu pisau, sebelum rogol anak saudara
[Copy link]
|
|
KUCHING: Seorang lelaki sanggup mengacukan pisau di leher anak saudara berusia 12 tahun sebelum merogol kanak-kanak itu di dalam sebuah kereta.
Hakim Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tujuh sebatan atas kesalahan sumbang mahram, serta penjara lapan tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan melakukan jenayah seksual.
Mahkamah Sesyen memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara terbabit secara serentak, bermula dari tarikh tangkapan pada 17 Ogos lalu.
Tertuduh merupakan abang ketiga kepada ibu kandung mangsa serta tinggal bersama neneknya di dalam rumah sama di Bau.
Kronologi kes tertuduh berusia 44 tahun melakukan perbuatan tersebut di dalam sebuah kereta diletakkan di sebuah kampung di Bau pada 19 Julai lalu.
Mangsa bersetuju untuk mengikut tertuduh keluar membeli minuman pada hari kejadian dengan menaiki sebuah kereta.
Tertuduh memberhentikan kereta di kawasan semak yang sunyi dan kemudian mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks tetapi mangsa enggan.
Apabila permintaan ditolak, tertuduh terus mengeluarkan sebilah pisau lipat dan meletakkannya di leher mangsa.
Mangsa yang berasa sangat takut dan tidak berani untuk melawan dilaporkan gagal berbuat apa-apa untuk mempertahankan diri.
Selepas kejadian itu juga, laporan polis dibuat namun tertuduh berjaya melarikan diri.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Tertuduh yang mempunyai kesalahan lampau diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Emas, Jalan Penrissen.
Sebelum itu tertuduh beberapa kali berjaya lolos dari operasi polis dan hidup dalam persembunyian hampir sebulan.
Tertuduh tidak diwakili peguam.
Berita terdahulu :
BAU: Seorang lelaki yang disyaki merogol anak saudaranya berusia 12 tahun ditahan selepas sebulan diburu polis.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon, berkata suspek berusia 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Emas, Jalan Penrissen kira-kira jam 6.30 petang semalam.
"Suspek ditahan dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bersama sepasukan polis Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi dan dadah akan direman hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat.
Sementara, Poge berkata, usaha memburu suspek dibuat selepas mangsa yang ditemani ibu dan abangnya hadir membuat laporan di Balai Polis Siniawan kira-kira jam 10.47 malam, 19 Julai lalu.
Berdasarkan keterangan mangsa, katanya, suspek yang juga bapa saudara kepada mangsa merogolnya di dalam kereta di kawasan hutan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tertuduh merupakan abang ketiga kepada ibu kandung mangsa serta tinggal bersama neneknya di dalam rumah sama di Bau.
giler la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Skg ni yg ada anak tak kira lelaki perempuan pun tak selamat dgn ahli keluarga sendiri. Kena hati2 dan jaga betul anak kalau tinggal 1 rumah dgn saudara lelaki. Sedangkan bapa kandung pun sanggup cabul rogol anak
Bapa saudara mmg setan sanggup cabul rogol anak saudara sendiri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sakit dahhhh manusia sekarang
bila fam sendiri pun dah tak boleh diharap
kes lagi teruk, mak/ayah sendiri buat naya kat anak
abam jail, mintak sebat heol dibahagian kemaluan berkali2. thanks. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mesti kes family tolong cover/sembunyi selama dia melarikan diri tu.
Kesian bdk xbsalah last2 jd mangsa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ini jantan banyak puaka. Sila kontotkan bijik yang menjahat dengan anak sedara sundiri. Tak layak hidup dengan orang. Kasi buaya lagi bagus. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allahu.. kenapa la kes mcm ni dah mula banyak.. kemaruk apakah lelaki2 semua ni… |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mereputlah jahannam nieyh dalam jel dikerjakan gangster gay. Iols ta boleh tahan dengan kes rogol especially melibatkan bawah umur. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.. semoga Allah beri kekuatan dan rahmat untuk adik ni nak membesar.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rasa nya boya pun jijik nak makan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
menda camni la buat kita terpikir ...
kat mana salah nya hingga terjadi camni...
nak kata sebab pergaulan bebas anak2 lelaki dan perempuan ...
ada jer elok dan sangat rapat antara mereka dan tak terpikir pa2 pun ...
sekarang ni... anak lelaki pun tak selamat ... apalagi anak2 perempuan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
dan ada kesalahan mencuri ...
dah tau camni...
patut nya ... family keliling lebih alert dan berhati-hati dari membiar kan anak2 dekat dengan hantu ni... tak kira la abang sendiri ke apa
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni memang dah terer pasal buat jenayah ni...ada kesalahan lampau ... dah ada kes polis ...
mesti dia dah tau kat mana nak sembunyi kan diri
tak pun dia ugut macam dia ungut si mangsa tu dengan pisau
|
|
|
|
|
|
|
|
sian boya weh....dier rang pun jijik rasa nya nak baham
moga dalam nun dia d kerja kan cukup2
|
|
|
|
|
|
|
|
FC pun doa kan yang sama ...
aamiin ...
|
|
|
|
|
|
|
|
sakit ati jak baca ...
tapi dalam masa yang sama kita ambik pengajaran ...
kena alert benda2 camni tak mustahil berlaku ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang risau dgn keselamatan anak sendiri. Walaupon anak lelaki, tapi bila setan dh berbisik, apa pon boleh jadi kalau iman tak kuat.
Runsing betul la dgn perangai manusia sekarang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|