CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 839|Reply: 2

[Sarawak] Kluster Opar diisytihar di Bau selepas rekod 66 kes positif COVID-19

[Copy link]
Post time 25-8-2021 08:27 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Kluster Opar diisytiharkan di daerah Bau melibatkan beberapa penduduk di Kampung Opar dalam daerah tersebut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata seramai 131 individu disaring di bawah kluster ini.

“Daripada 131 individu yang disaring, 66 individu didapati positif termasuk kes indeks, 40 individu didapati negatif dan 25 individu masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua mereka yang positif dirawat dan diasingkan di Hospital Umum Sarawak dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di daerah Kuching,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan terdapat 119 kluster masih aktif dengan 29 daripadanya merekodkan penambahan 225 kes baharu.

Penambahan kes tertinggi direkodkan melibatkan Kluster Bungey 2 di Betong iaitu sebanyak 61 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif melibatkan kluster ini kini meningkat kepada 470 kes.

Turut merekodkan penambahan kes Kluster Long Urun (49), Kluster Sega (27), Kluster Sebayor (21), Kluster Kampung Paon Rimu (7), Kluster Lorong Cahaya Damai (7), Kluster Tanjong Kibong 2 (7) dan Kluster Muara Tebas 2 (6).

Penambahan kes baharu turut melibatkan Kluster Jalan Pisang Raja (4), Kluster Nanga Pelugau (4), Kluster Jalan Lembah Hijau (3), Kluster Kampung Matang Lot (3), Kluster Jalan Hospital (3), Kluster Opar (3), Kluster Jalan Buan (2), Kluster Kampung Tanjong Bako (2), Kluster Lintang Baru (2), Kluster Jalan Akses (2) dan Kluster Long Maktub (2).

Manakala Kluster Jalan Kemena Industry Estate 38, Kluster Bintawa Tengah, Hilir dan Ulu, Kluster Lorong Teruntum, Kluster Kampung Kakeng, Kluster Batu 25 Jalan Kuching Serian, Kluster Dijjih, Kluster Ensabang Plaie dan Kluster Nanga Puti masing-masing merekodkan penambahan satu kes baharu.

Dalam pada itu, daerah Kapit telah bertukar status daripada jingga kepada merah setelah merekodkan 45 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Manakala daerah Limbang telah bertukar status daripada hijau kepada kuning setelah merekodkan satu kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Hanya dua daerah iaitu Tanjung Manis dan Marudi kekal berstatus hijau, lapan daerah berstatus kuning, lima daerah berstatus jingga dan 25 daerah berstatus merah.

Agnes Tugong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ramai kan penduduk Kawasan BAU ni FC? Pernah lalu sini dulu.. masa tu singgah Gua BAU sekali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 06:37 AM | Show all posts
makiting replied at 25-8-2021 09:48 PM
Tak ramai kan penduduk Kawasan BAU ni FC? Pernah lalu sini dulu.. masa tu singgah Gua BAU sekali.
Bau takat bancian 2020 aritu ... ada 62,200 penduduk


FC tak pernah lagi pergi ke Gua Angin , Gua Pari dan Gua Antu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.595291 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list