CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 909|Reply: 0

[Perlis] Masyarakat perlu bertanggungjawab patuhi SOP

[Copy link]
Post time 25-8-2021 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Masyarakat perlu bertanggungjawab patuhi SOPOgos 25, 2021 @ 4:50pm



Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.



KANGAR: Masyarakat perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dalam setiap tindakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, mengakui masih terdapat segelintir individu yang tidak berdisiplin melanggar SOP dan ia memberi kesan negatif termasuk peningkatan jumlah kes positif di Perlis sejak kebelakangan ini.

"Sikap bertanggungjawab perlu ada pada setiap individu dan kita sebagai wakil rakyat perlu turut sama mainkan peranan untuk mengingatkan mereka (masyarakat) agar terus mematuhi SOP dan kepentingan menjaga SOP," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks DUN Perlis hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Nor Azam Karap (PKR-Kuala Perlis) berkaitan langkah yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap individu yang masih tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.

Azlan (BN-Bintong) berkata usaha untuk memastikan orang ramai mematuhi SOP bukanlah satu perkara yang mudah, justeru masyarakat sendiri perlu mengambil sikap bertanggungjawab mematuhi setiap SOP. – BERNAMA








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.233680 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list