CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1230|Reply: 1

[Perlis] 26 guru di Perlis enggan divaksin

[Copy link]
Post time 25-8-2021 04:44 PM | Show all posts |Read mode
26 guru di Perlis enggan divaksin[size=0.8]Aizat Sharif - Ogos 25, 2021 @ 4:33pmbhnews@bh.com.my



Seramai 26 guru di Perlis masih enggan divaksin pelalian COVID-19 setaka ini. FOTO NSTP (Hiasan)





Kangar: Seramai 26 guru sekolah di Perlis dikesan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) negeri, Rozieana Ahmad.

Beliau berkata, daripada 4,710 guru di seluruh Perlis, 4,504 daripadanya sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19 manakala baki 206 belum lagi mengambil sebarang dos vaksin.

"Daripada jumlah itu, 91 orang guru enggan menerima vaksin pada mulanya namun selepas perbincangan dilakukan, 65 guru bersetuju untuk menerima suntikan vaksin.

"Seramai 26 orang guru lagi yang tegar menyatakan belum bersedia untuk menerima vaksin," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Yang ke-14 di Kompleks DUN, hari ini.

Rozieana berkata, proses perbincangan melalui kaunseling masih dijalankan bagi memastikan guru terbabit menerima untuk divaksin.

"Mereka yang enggan menerima vaksin ini mempunyai sebab berbeza juga seperti masalah kesihatan dan tidak menolak 100 peratus vaksin ini.

"Namun, bagi yang ada masalah kesihatan boleh mendapatkan nasihat doktor dan diberi kaunseling," katanya.

Rozieana berkata, pihaknya merayu kepada kumpulan guru berkenaan supaya berfikir secara rasional demi keselamatan murid apabila pembelajaran secara bersemuka bermula kembali.

"Kerjasama daripada guru ini amat diharapkan kerana jika mereka tidak mahu divaksin, sukarlah sekolah hendak dibuka dan ini mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan COVID-19.

Katanya, terdapat 104 sekolah menengah dan rendah merangkumi 43,716 murid di Perlis.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cikgu2 ni taknak vaksin pun lantak pi kat dia la.. Asalkan jangan ko tergolek2 kena covid 1 family salahkan kerajaan pulak.. Kata xde paksaan kan.. Ni sibuk melabel orang yang cucuk ni bakal jadi zombie bagai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.096874 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list