CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 950|Reply: 0

[Borneo] Jangan beli kit ujian kendiri palsu

[Copy link]
Post time 25-8-2021 01:11 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa orang ramai supaya membeli kit ujian kendiri COVID-19 yang menggunakan sampel saliva atau air liur yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) sahaja dan membelinya daripada penjual yang sah.

Presiden MMA Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata orang ramai perlu menyemak senarai kit ujian kendiri yang diluluskan melalui laman web PBPP sebelum membuat pembelian bagi mengelak produk tiruan yang boleh menyebabkan risiko keselamatan kerana kualitinya terjejas atau kit ujian yang dikitar semula.

Beliau berkata adalah penting untuk orang ramai mengikuti arahan pada kit ujian itu bagi mendapatkan keputusan yang tepat serta memastikan kit ujian itu dibuang dengan betul setelah digunakan bagi mencegah penyebaran jangkitan.

“MMA juga bersetuju dengan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) bahawa perlunya peraturan ketat terhadap penjualan kit ujian kendiri COVID-19 kerana penjual yang tidak sah telah mengiklankan dan menjual kit ujian itu secara terus kepada pengguna menerusi platform media sosial.

“Ada beberapa penjual ini yang mendakwa kit ujian kendiri mereka mempunyai ketepatan 99 peratus tanpa mendedahkan jenama produk itu, keadaan ini amat membimbangkan kerana orang ramai boleh mudah terpedaya dengan membeli kit ujian kendiri yang palsu atau dengan kualiti rendah,” katanya dalam kenyataan.

Dr Subramaniam juga menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bekerjasama rapat dengan PBPP dan pihak polis bagi memantau penjualan kit ujian COVID-19, termasuk menyiasat dakwaan kit ujian yang tidak diluluskan atau tiruan di pasaran.

Pada 11 Ogos lepas, Kementerian Kesihatan mengeluarkan senarai penuh jenama kit ujian kendiri COVID-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan umum.

— BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.064454 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list