CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 575|Reply: 0

[Sarawak] KPDNHEP Bintulu saran premis guna logo halal patuhi kriteria, syarat ditetapkan

[Copy link]
Post time 24-8-2021 09:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 24-8-2021 01:36 PM



Pasukan KPDNHEP Cawangan Bintulu menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis dalam Ops Suci, hari ini.

BINTULU: Setiap premis yang menggunakan logo halal di bahagian ini disaran agar memenuhi kriteria atau syarat yang ditetapkan supaya status halalnya tidak diragui khususnya buat masyarakat Islam di sini, kata Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu, Nazari Hassan.

Bagi tujuan sama kata, aspek kebersihan premis juga harus dititikberatkan terutama keadaan dapur premis bagi memastikan penyediaan makanan mengikut syarak serta tidak menggunakan bahan-bahan yang meragukan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan pasukan KPDNHEP Cawangan Bintulu mendapati kesemua premis mematuhi setiap peruntukan di bawah perundangan dan kriteria yang ditetapkan," ujarmya dalam kenyataannya sejurus selesai menjalankan pemeriksaan ke atas premis sekitar Bintulu, hari ini.

Katanya dalam Ops Suci itu, KPDNHEP Cawangan Bintulu membuat pemeriksaan ke atas tujuh premis yang terdiri tiga buah hotel, tiga restoran makanan segera dan sebuah restoran makanan laut.

Secara amnya menurut Nazari, pihaknya amat berpuas hati dengan tahap pematuhan setiap premis yang mana makanan yang disajikan boleh dimakan oleh orang Islam.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan ini dikuatkuasakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Akta Cap Dagangan 2019 (bagi kesalahan cap dagangan palsu berkaitan logo halal JAKIM/JAIN).

Beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan antaranya merangkumi penggunaan perbahasaan halal oleh premis, semakan ke atas status pensijilan halal dan kesahihan dokumen-dokumen daripada pihak pembekal.

"Selain itu, aspek kebersihan premis juga dititikberatkan terutama keadaan dapur bagi memastikan penyediaan makanan adalah mengikut syarak dan tidak menggunakan bahan-bahan yang meragukan," tegasnya.

Beliau dalam masa sama memberi amaran kepada peniaga persendirian atau syarikat-syarikat agar tidak sewenang-wenang mengunakan logo halal yang tidak diiktiraf atau apa jua penyataan atau ungkapan yang mengelirukan pengguna berhubung status halal makanan atau barangan mereka.

Jelasnya, ungkapan halal seperti ‘ditanggung halal’, ‘makanan orang islam’, ‘bufet Ramadan’ dan lambang lain atau objek Islam yang mengelirukan adalah dilarang sama sekali.

Bagi sesiapa yang ingin membuat permohonanan bagi mendapatkan Sijil Pengesahan Halal, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di http:/apps.halal.gov.my/myehalal.

"Bagaimanapun permohonan pensijilan halal di Malaysia adalah sukarela dan tidak diwajibkan," jelas beliau.

Nazari sebagai mengingatkan setiap peniaga harus berhati-hati dalam menjual atau mengedar produk makanan termasuk bahan-bahan untuk memproses makanan terutama yang diimport daripada luar negara yang mungkin diragui status pensijilan halal.

Beliau menambah, bagi produk makanan atau barang yang diimport peniaga sepatutnya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi mengesahkan status pensijilan halal negara yang berkaitan kerana pihak JAKIM telah menyediakan kemudahan saluran semakan melalui portal halal di www.halal.gov.my atau dari laman web Jabatan Agama Negeri masing-masing.

Justeru katanya, isu atau alasan bahawa peniaga tidak tahu mengenai status halal produk import adalah tidak munasabah.



utusanborneo.com.my/2021/08/24

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.298577 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list