CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 611|Reply: 0

[Pulau Pinang] COVID-19: Dua lagi pasar awam seliaan MBSP ditutup

[Copy link]
Post time 24-8-2021 06:39 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Dua lagi pasar awam seliaan MBSP ditutup[size=0.8]Nur Izzati Mohamad - Ogos 24, 2021 @ 5:25pmbhnews@bh.com.my



Foto NSTP/Danial Saad (hiasan)





BUKIT MERTAJAM: Dua lagi pasar awam seliaan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) ditutup berikutan penularan pandemik COVID-19.

Pasar Awam Tasek Gelugor di Seberang Perai Utara diarah tutup selama 10 hari bermula hari ini, manakala Pasar Awam Bandar Tasek Mutiara di Seberang Perai Selatan diminta menghentikan operasi selama tiga hari bermula Khamis ini.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud, berkata penutupan kedua-dua pasar berkenaan dibuat ekoran pengesanan kes positif COVID-19 membabitkan peniaga dan pekerja.

"Bagi Pasar Awam Tasek Gelugor terdapat empat kes positif COVID-19 dilaporkan, manakala Pasar Awam Bandar Tasek Mutiara pula merekodkan lima kes.

"MBSP mengambil maklum kegusaran orang ramai berhubung kes positif yang dilaporkan di kedua-dua pasar dan mengambil langkah menghentikan operasi bagi membolehkan siasatan pengesanan kontak rapat serta menjalankan aktiviti saringan serta kerja-kerja sanitasi di tapak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dengan penutupan kedua-dua pasar awam itu menjadikan sehingga kini terdapat 10 pasar awam di bawah seliaan MBSP ditutup sementara angkara COVID-19.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.094358 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list