CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 728|Reply: 0

[Kedah] Tragedi kepala air: Operasi bertumpu di Titi Hayun

[Copy link]
Post time 23-8-2021 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi kepala air: Operasi bertumpu di Titi Hayun[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 23, 2021 @ 1:22pmbhnews@bh.com.my


Operasi hari keenam SAR mangsa terakhir tragedi banjir dan tanah runtuh susulan fenomena kepala air di Gunung Jerai bertumpu di Titi Hayun hari ini. - Foto NSTP





YAN: Operasi hari keenam mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi banjir susulan fenomena kepala air di Gunung Jerai, di sini, bertumpu di Titi Hayun hari ini.
Mangsa yang masih hilang dikenali Ridwan Poniman, 61, beralamat di Kampung Pasir, Guar Chempedak di sini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata operasi bermula jam 8 pagi tadi meliputi kawasan sekitar Titi Hayun.

Katanya, jumlah keanggotaan dalam SAR itu masih kekal seramai 430 orang membabitkan pelbagai agensi, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
"Untuk pencarian SAR laut pula, kita meneruskan pencarian menggunakan bot kecil dan kayak untuk menyusuri laluan yang sukar ditempuhi.

"Selain itu, pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Pasukan Polis Marin (PPM) turut melakukan pemantauan dan rondaan di sekitar kawasan kuala berhampiran pantai," katanya.

Semalam, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, mangsa kelima tragedi kepala air yang berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang Rabu lalu ditemui di Batu Hampar jam 3.17 petang.

Sebelum itu, empat lagi mangsa yang terkorban ialah Ahmad Din, 68;
Shahruzi Mohamad, 53; Zainol Morad, 66; dan Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.052878 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list