CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1578|Reply: 2

[Kelantan] Peneroka bimbang ancaman harimau, minta tambah perangkap

[Copy link]
Post time 23-8-2021 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Peneroka bimbang ancaman harimau, minta tambah perangkap[size=0.8]Oleh Ramli Ibrahim - Ogos 23, 2021 @ 11:57ambhnews@bh.com.my


PERANGKAP dipasang di kawasan ladang sawit FELDA Perasu di Gua Musang, Kelantan untuk menangkap harimau, sebaliknya memerangkap beruang. - Foto RAMLI IBRAHIM




GUA MUSANG: Peneroka FELDA Perasu, dekat sini, merayu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memasang perangkap tambahan untuk menangkap harimau yang didakwa bebas berkeliaran di kawasan rancangan tanah berkenaan.

Ia berikutan satu perangkap yang dipasang dua bulan lalu masih gagal menangkap hidupan liar berkenaan, sebaliknya memerangkap haiwan lain.
Peneroka, Mohd Zain Hassan, 74, berkata perangkap yang dipasang jabatan terbabit untuk menangkap harimau, dimasuki beruang lebih seminggu lalu.
"Jadi, kebimbangan peneroka belum berakhir. Sejak harimau itu ditemui berkeliaran di sini lima bulan lalu, kami di sini takut keluar malam.

"Walaupun belum berlaku kejadian tidak diingini, semua peneroka bimbang dengan keselamatan. Apapun, kami bersyukur kerana beruang yang pernah memusnahkan pokok kelapa peneroka sebelum ini berjaya ditangkap," katanya, hari ini.

Seorang lagi peneroka, Sulaiman Yusoff, 67, berkata dia yang selalu berada di ladang sawit sentiasa cemas dengan kemungkinan ancaman harimau, sekali gus terpaksa memendekkan masanya di ladang.

"Saya hanya berada di ladang separuh hari kerana bimbang terserempak haiwan liar itu. Biasanya, harimau dilihat berkeliaran lewat petang hingga malam termasuk juga di sekitar kediaman peneroka.
"Kami memang harap PERHILITAN dapat memasang lebih banyak perangkap supaya haiwan berkenaan berjaya ditangkap," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau yg teroka habitat haiwan, tetiba kau yg nak risau kalau harimau tu ancam keselamatan. Yg kau ancam habitat tu takpe pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kes 1:rimau risau drp ancaman manusia.
kes 2:manusia risau drp ancaman rimau.
'Mereka'... nak pi mahkamah mana nak selesai masalah ni???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.564737 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list