View: 776|Reply: 1
|
UiTM FC bangkit ikat Melaka United
[Copy link]
|
|
MELAKA: UiTM FC bangkit pada penghujung babak kedua untuk mengikat Melaka United (MU) 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat Paya Rumput sebentar tadi.
Bagaimanapun peluang MU mendahului permainan hadir pada minit kelima namun tolakan Giovani Gomes yang hanya berdepan penjaga gol Mohd Zamir Selamat tersasar ke kanan gawang pelawat.
Perlawanan yang lebih banyak dikuasai tuan rumah menyaksikan sentuhan pemain skuad terbabit lebih berkeyakinan selepas tewas kepada Penang FC dua minggu lalu.
Mereka terus agresif melakukan percubaan namun Wan Amirul Afiq yang hanya berdepan Zamir sekadar merembat lemah pada minit ke-16 sekali gus berjaya diselamatkan bekas penjaga gawang MU dan Kuala Lumpur itu.
Walaupun cuba memberi tentangan dan mengatur gerak bagi mencari jaringan semangat, pelawat kelihatan sukar menembusi kubu tuan rumah yang lebih mantap pada awal babak saingan.
Apapun anak buah Reduan Abdullah memiliki peluang mencipta jaringan pada minit ke-38 tetapi rembatan Khairul Izuan Rosli mudah diselamatkan penjaga gol Mohd Khairul Fahmi Che Mat.
Melaka yang enggan tewas lagi selepas masih berada di zon bahaya penyingkiran ke Liga Perdana jelas menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk memperbaiki kedudukan di carta liga.
Hasilnya gol yang dicari muncul juga selepas S Kumaahran merembat kencang menggegar palang pelawat dan bola melepasi garisan gol untuk jaringan pendahuluan pada minit ke-44 perlawanan.
Bersambung babak kedua tuan rumah terus berusaha menambah jaringan tetapi tandukan minit ke-46 Jang Suk Won terkena palang, diikuti rembatan Sony Norde empat minit selepas itu diselamatkan Zamir.
Percubaan terbaik pelawat hadir menerusi rembatan Rafie Mat Yaakob yang ditepis keluar Khairul Fahmi, namun akhirnya mereka bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi rembatan kencang kapten pasukan Victor Nirennold. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain UiTM FC mengasak pemain Melaka United FC Gomes Da Silva (kiri) dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka. - Foto NSTP/Syafeeq Ahmad |
|
|
|
|
|
|
| |
|