CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 1

Skuad Badak mesti menang malam ini : Kurniawan

[Copy link]
Post time 22-8-2021 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Kota Kinabalu: Skuad Badak perlu memenangi perlawanan menentang Penang FC yang berlangsung di Stadium Likas, malam ini, kata jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto.

Jelas sekali nada Kurniawan itu mahu anak buahnya bermain bersungguh-sungguh kali ini agar kegagalan memenangi semua perlawanan di gelanggang sendiri sejak bulan lalu tidak lagi berulang.

Kurniawan mengingatkan perlawanan menentang Penang FC malam ini sangat penting untuk memperbaiki kedudukan Sabah FC dalam carta Liga Super.

"Berbaki empat 'game' lagi, jadi kita harus dapat hasil yang maksimum kerana persaingan Liga Super kali ini sangat sengit.

"Jadi saya minta kepada semua pemain untuk fokus, bermain bermati-matian untuk memenangi setiap perlawanan bermula dengan aksi menentang Penang FC malam ini.

"Insya-Allah, saya akan turunkan keseluruhan pemain terbaik kita kerana ketika ini tiada pemain yang cedera dan semua pemain bersiap sedia untuk bermain," katanya mengulas aksi Sabah FC bertemu Pulau Pinang, malam ini.

Sementara itu, Kurniawan memuji komitmen beberapa pemain muda Sabah yang mempamerkan kualiti permainan terbaik ketika diberikan tanggungjawab menggalas cabaran Skuad Badak dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Katanya, beliau dapat melihat potensi dalam kalangan pemain muda Sabah yang cukup bagus sehingga dibawa berlatih bersama pasukan senior dan diberi peluang bermain dalam perlawanan Liga Super.

Sabah FC kini mengumpul 19 mata selepas mengharungi 18 perlawanan hasil empat kemenangan, tujuh seri dan tujuh kekalahan setakat ini.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2021 04:33 PM | Show all posts

JURULATIH Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto. FOTO NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049085 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list