View: 721|Reply: 1
|
Solskjaer cabar Pogba terus konsisten
[Copy link]
|
|
Manchester: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberi amaran kepada barisan pemainnya agar tidak terbawa-bawa dengan kemenangan besar 5-1 ke atas Leeds United pada perlawanan pertama Liga Perdana selain mencabar Paul Pogba terus mempamerkan aksi konsisten.
Minggu lalu bintang Perancis itu membantu empat jaringan ketika menewaskan skuad bimbingan Marcelo Bielsa di depan penyokong yang memenuhi Old Trafford buat kali pertama selepas 17 bulan.
Masa depan Pogba terus menjadi tanya tanya ketika memasuki tahun terakhir kontraknya di United dengan Paris Saint-Germain dan Real Madrid dikaitkan dengan pemain tengah itu selepas berakhir hujung musim ini.
"Rundingan itu antara wakil Paul dengan kelab," kata Solskjaer ketika ditanya adakah kemungkin Pogba melanjutkan kontraknya di Manchester.
"Bagi saya dan Paul, kami bekerjasama setiap hari dan cuba meningkatkan prestasi pasukan.
"Apabila anda memenangi perlawanan, anda menikmatinya dan kami harus pastikan tidak terbawa-bawa dengan kemenangan perlawanan pertama. Kami mendapat tumpuan dan pujian."
Kemenangan meyakinkan itu diharap dapat menyaksikan anak buah Solskjaer bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama sejak Alex Ferguson bersara selaku pengurus pada 2013.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Pogba ketika bertemu Leeds. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|