|
Bentuk asal punggung Kim sebelum peminat mengesan ia semakin mengecil. - Google
Peminat kecoh punggung Kim Kardashian ‘mengecut’
LAS VEGAS – Susuk tubuh selebriti media sosial tersohor, Kim Kardashian menjadi perbualan netizen apabila punggungnya yang sebelum ini adalah aset paling seksi wanita itu didakwa sudah mengecil daripada saiz asal.
Menurut laporan akhbar Daily Star, pengecilan saiz punggung Kim disedari menerusi salah satu foto yang dimuat naik di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut melihat saiz terkini punggung bekas isteri Kanye West itu dan membuat spekulasi bahawa silikon membesarkan bahagian belakang Kim sudah dibuang.
https://www.kosmo.com.my/wp-cont ... -K-Butt-600x750.jpg
Perubahan ketara saiz punggung Kim dikesan menerusi foto terbaharunya di laman Instagram. – Instagram
“Apa yang sudah terjadi kepada punggung Kim?” tanya seorang pengguna media sosial pada foto selebriti itu yang sedang menimang anak bongsunya, Psalm West.
Selain para peminat, pakar bedah plastik yang berpangkalan di London, Mark Ho-Asjoe, memberitahu Majalah OK! bahawa ada perbezaan ketara pada susuk badan Kim sejak beberapa bulan terakhir.
“Seperti ada benda yang ‘hilang’ daripada badan Kim jika kita perhatikan gambar sekarang dengan foto beberapa tahun sebelum ini.
“Sama ada dia telah membuang silikon di punggung atau membuat pembedahan sedutan lemak namun yang pasti ada ‘sesuatu’ yang sudah dikeluarkan,” ujar Hos-Asjoe.
Sehingga kini, Kim belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hal tersebut. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|