Musim panas yang cerah ini masih tidak boleh melancong ke luar negara, tetapi anda boleh mengikuti kami untuk mengembara tempat-tempat yang menarik di China dalam talian!
Pusat Kebudayaan China Kuala Lumpur telah menganjurkan kempen promosi budaya dan pelancongan "Empat Hebat Musim‧China yang Cantik" sepanjang tahun. Kini, “Bab Musim Panas” telah dilancarkan dan aktiviti mengundi destinasi musim panas kegemaran sudah mula!
Penganjur memilih 11 destinasi musim panas yang unik dan mesra Muslim di China, seperti Beijing, Shanghai, Harbin......Selain itu, Lanzhou, Yinchuan dan tempat-tempat lain yang kurang dikenali oleh rakan-rakan Malaysia juga diperkenalkan supaya semua dapat menikmati kecantikan musim panas di China tanpa mengira kaum.
Dengan melayari ke laman web (www.chinaculturalcentre.my/cn-beautifulchina_summer/) dan klik pada pautan pelbagai bandar, anda akan mendapat info yang praktikal termasuk makanan wajib cuba tempat-tempat hangat yang dicadangkan, pilihan halal dan jadual perjalanan. Jangan lupa mengundi destinasi paling gemar anda setelah membacanya, dan menerangkan alasan secara ringkas. Dengan ini, anda berpeluang memenangi hadiah misteri! Hebatkan?
[youtube]GUPt7BJBGM8[/youtube]
|