View: 5190|Reply: 48
|
Aliff Syukri Tak Main-Main, Siapkan Diri Bertanding PRU Ke-15
[Copy link]
|
|
Impian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri untuk bergelar seorang wakil rakyat dan memegang jawatan perdana menteri (PM) bukanlah angan-angan kosong atau sekadar gimik semata-mata.
Aliff, 35, berkata, perkara itu sudah lama difikirkan dan menganggap sekarang merupakan saat yang sesuai untuk merealisasikan cita-cita itu.
Tambahnya lagi, dia bersedia mencuba nasib bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.
Foto: IG
"Siapa yang kata gimik? Saya memang menaruh harapan nak masuk politik. Ikhlas dari hati memang saya serius nak mencuba bidang politik selepas ni.
"Kalau boleh saya nak jadi calon dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang, seterusnya diangkat memegang jawatan perdana menteri. Saya yakin saya mampu membawa tugas PM dengan baik!
"Aku serius ni tau... bukan main-main. Dekat luar negara pun ramai sahaja PM dan presiden yang dilantik dalam kalangan ahli perniagaan," katanya kepada mStar.
Sementara itu, penyanyi lagu Cuba ini berkata dia menerima sokongan hebat daripada pengikut di Instagram sejak membuat pengumuman terbuka ingin menjadi seorang pemimpin negara.
Ini membuatkan dia lebih bersemangat untuk membangunkan Malaysia dan menjadikan negara ini lebih hebat di mata dunia.
"Secara jujurnya saya nak jadi PM kerana nak ubah Malaysia menjadi lebih baik... kalau saya boleh berjaya dalam perniagaan tak mustahil saya boleh bawa Malaysia lebih hebat selepas ini.
"Sebagai anak Pahang saya memang ikhlas mahu berjuang untuk bangsa dan negara, pemimpin kita sebelum ini pun ramai dari Pahang. Saya kenal mereka semua.
"engikut saya di media sosial pun banyak bagi sokongan walaupun ada masa saya pun keliru sebenarnya mereka memang ikhlas sokong atau hanya nak perli saya? Tak apalah saya anggap mereka benar-benar ikhlas mahu saya jadi PM.
"InsyaAllah saya sedang berjinak-jinak ke arah itu. Saya sanggup bermula dari bawah, tolonglah jangan kecam saya... berilah saya peluang untuk buktikan dan dapat berjasa kepada anda semua," ujarnya.
Sebagai makluman, dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memilih perdana menteri.
Perkara 3(2)(b) menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai perdana menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.
Seseorang ahli Dewan Rakyat pula dipilih melalui pilihan raya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
ni nanti logo cap apa pulak?
diba aa cap gajah |
|
|
|
|
|
|
|
Tok.. tok kasi bantuan 100 ribu sorang, saya confirm undi dato |
|
|
|
|
|
|
|
Hang apply masuk parti gajah Diva AA jelah. At least parti gajah dh established sejak PRU14 ari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FY08 at 20-8-2021 11:39 AM
Kena vaksin pun dh meroyan ..mcmanala nk hadap mulut bangnon & rakan2 tu nnti |
|
|
|
|
|
|
|
political scene kat m'sia ni pon dh macam kat sarkas..
now nak tambah another clown, sure nanti semakin meriah and berwarna warni. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn la dia ni terlepas jadi menteri plk nnt
xpasal2 acik gomen kena produk dia dan opis2 gomen kena tukar jadi istana nnt |
|
|
|
|
|
|
|
akuHavocczz replied at 20-8-2021 11:28 AM
Tok.. tok kasi bantuan 100 ribu sorang, saya confirm undi dato
sotong atau belut |
|
|
|
|
|
|
|
terfikir plak meolls, apa perasaan bini dia yek, dpt laki attention seeker mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kang bakul prihatin penuh ngan brg2 dherb je...beras gula yillek |
|
|
|
|
|
|
|
Pondan...... |
|
|
|
|
|
|
|
oh tidakkk... kang time ucapan dia g bantai nyanyi lagu bobo dimana... seriau teman |
|
|
|
|
|
|
|
sudahlah tok lip.. kesian tgk dia ni.. duit banyak tu pi la sambung belajaq ka apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha aku gelak je lah. Kdg2 lawak, kdg2 annoying nak mampus |
|
|
|
|
|
|
|
Ewww xmau aku ada pm kaki sentap gini{:yameteh{:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
Aiiyakk takkan suh belut letrik jd PM ? Mana rakyat Msia nk letak muka |
|
|
|
|
|
|
|
Eh eh eh eh kau nie . Segala ceruk nak publishitty . |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahah! Tinggi sangat cita ko lip oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada Mat Sabu, baik lagi dia ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|