CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1019|Reply: 0

[Perlis] 'Katil ICU COVID-19 di Perlis berbaki tiga kekosongan'

[Copy link]
Post time 19-8-2021 03:57 PM | Show all posts |Read mode
'Katil ICU COVID-19 di Perlis berbaki tiga kekosongan'[size=0.8]Oleh Aizat Sharif - Ogos 19, 2021 @ 2:17pmbhnews@bh.com.my


Orang ramai yang tinggal di sekitar Kuala Perlis menunggu giliran pada Program Vaksinasi Covid-19 Khas tanpa temujanji di Hotel Brasmana





KANGAR: Kadar penggunaan katil di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini serta kemudahan kesihatan kerajaan dalam merawat pesakit COVID-19 di Perlis, didapati meningkat sejak minggu lalu.
Pengerusi Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof, berkata walaupun berlaku peningkatan dari segi penggunaan katil berkenaan, ia masih berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan.
"Berdasarkan rekod daripada 129 katil yang berada di HTF keseluruhan, ia kini digunakan kesemuanya dengan tambahan dua lagi katil menjadikannya 131 atau 101.5 peratus buah katil yang sedang digunakan di HTF bagi merawat pesakit COVID-19.

"Selain itu, di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTF pula, daripada 11 katil yang berada dalam unit berkenaan, lapan daripadanya sedang digunakan atau 72.7 peratus," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azman berkata, bagi penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Kangar adalah sebanyak 92 katil sedang digunakan daripada 114 katil di kemudahan berkenaan.
"Jumlah berkenaan adalah bersamaan 80.7 peratus dan bagi PKRC Pusat Koreksional Perlis pula, hanya 17 peratus atau 34 buah katil sahaja digunakan daripada 200 buah katil yang diperuntukkan di PKRC berkenaan.

"Namun, jika diukur dari segi jumlah pesakit COVID-19 ini, kuantiti kes yang ada di rawat di HTF dan kemudahan kesihatan kerajaan di negeri ini masih rendah dan ia pula perlu dilihat dari segi kategori satu hingga lima bagi COVID-19 ini," katanya.
Beliau berkata, terdapat dua kluster tempat kerja yang menyumbang kepada peningkatan kes di Perlis akhir ini.
"Bagi kluster Jalan Bukit Keteri, 10.9 peratus kakitangan atau 33 pekerja disahkan positif Covid-19 manakala kluster Zon Industri Jejawi pula menyumbang kepada 8.9 peratus atau 27 inidvidu di kilang berkenaan positif Covid-19.
"Kuala Perlis dan Sanglang masih menjadi kawasan zon merah dengan merekodkan 66 dan 43 kes sehingga kini," katanya.

Selepas hampir setahun setengah bertahan dengan penularan jangkitan kes COVID-19 yang berada di bawah paras 1,000 kes akhirnya Perlis melepasi juga paras berkenaan pada Sabtu lalu.
Sehingga kini, Perlis merekodkan jumlah penularan jangkitan kes COVID-19 sebanyak 1,149 kes dimana semalam sahaja sebanyak 50 kes harian lagi direkodkan berlaku.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049735 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list