 Foto :
"Terlalu ramai yang nak tau saya sakit apa. Lately ni saya kurang sihat."
Aktres, Datin Paduka Eina Azman mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik gambarnya yang memakai uniform hospital. Dalam kapsyen, Eina memaklumkan bahawa ramai yang tertanya-tanya mengapa dia tidak aktif di Instagram, dan ini lah jawapannya.
Rupa-rupanya Eina, 26 sudah menanggung kesakitan pada leher sejak tahun 2016 lagi dan sudah pun empat kali membuat biopsi tetapi sakit dan bengkaknya masih ada hingga ke hari ini.
 Foto  G
Isteri kepada Datuk Paduka Kaiser ini tidak menjelaskan penyakitnya dengan terperinci namun meminta doa daripada mereka yang membaca supaya sakitnya akan hilang menerusi pembedahan yang baru dilakukannya.
"Hari ni saya berjaya buat surgery selepas dua tahun sebab tempat biopsy yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit."
Beberapa orang rakan artis turut mengucapkan supaya Eina segera sembuh.
 Foto : IG
Jadi, bagi mereka yang tertanya-tanya mengenai punca Eina mendapatkan suntikan vaksin awal hingga muncul dakwaan memotong senarai penerima vaksin, mungkin inilah jawapannya. - CARI
|