CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 978|Reply: 0

[Pulau Pinang] MBSP benarkan sektor ekonomi dibuka

[Copy link]
Post time 18-8-2021 06:17 AM | Show all posts |Read mode
MBSP benarkan sektor ekonomi dibuka[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 17, 2021 @ 5:14pmbhnews@bh.com.my




BUKIT MERTAJAM: Warga Seberang Perai boleh menikmati kemudahan sektor ekonomi yang dibuka menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di Pulau Pinang belum mencapai 50 peratus seperti yang ditetapkan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud, berkata pihaknya mendapatkan kepastian daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pulau Pinang bahawa kemudahan berkenaan boleh dilaksanakan di negeri itu tanpa perlu menunggu status vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai tahap 50 peratus kerana syarat itu belum terpakai.

Beliau berkata, MBSP memperoleh kepastian itu selepas mendapat pertanyaan khususnya daripada golongan peniaga yang keliru dan ragu berhubung status kemudahan sektor ekonomi berkenaan.
"Pembukaan sektor ekonomi ini akan memberikan manfaat kepada 4,286 premis perniagaan berlesen di seluruh kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk memulakan operasi perniagaan.

"Namun, diingatkan ada prosedur operasi standard (SOP) terkini yang perlu dipatuhi peniaga yang mereka boleh mendapatkan infografik di laman Facebook dan Instagram MBSP," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Rozali turut menegaskan bahawa kemudahan yang diberikan bukanlah bersifat kekal dan ia boleh ditarik balik jika mengesan ketidakpatuhan terhadap garis panduan dan SOP yang ditetapkan.
Beliau berkata, populasi dewasa di Pulau Pinang yang sudah menerima vaksin lengkap berada pada tahap 37.1 peratus.

Ahad lalu, kerajaan mengumumkan pembukaan 22 sektor ekonomi kepada individu yang sudah lengkap vaksin dengan meletakkan syarat separuh populasi dewasa di negeri Fasa 1 dan 2 sudah lengkap divaksin.
Ia merangkumi pembukaan beberapa aktiviti ekonomi di bawah sektor perdagangan dan pengedaran; sektor pembuatan; sektor perlombongan dan pengkuarian; kebenaran mengunjungi taman rekreasi awam bagi tujuan riadah dan pelaksanaan projek perintis destinasi gelembung pelancongan bagi negeri Fasa 1 dan Fasa 2 berkuat kuasa semalam.
"Pembukaan semua kemudahan itu bagaimanapun tertakluk kepada syarat kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan yang mestilah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus dan individu-individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.323790 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list