CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2183|Reply: 4

[Negeri Sembilan] [N9]Terpaksa Tolak Pelanggan Belum Lengkap Vaksin

[Copy link]
Post time 17-8-2021 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by whoamila at 17-8-2021 01:19 AM


Joanne bertanyakan sesuatu kepada seorang pelanggan sebelum masuk ke dalam premisnya

SEREMBAN - Kebanyakan kedai gunting rambut sekitar Sikamat di Seremban mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum menerima pelanggan.


Rata-rata pengusahanya mematuhi SOP baharu antaranya memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu berkenaan sudah lengkap menerima vaksinasi.

Seorang pengusaha kedai gunting rambut dikenali sebagai Joanne, 53, berkata, dia sentiasa memastikan semua pelanggannya mematuhi SOP untuk mengelakkan penularan Covid-19.


Sejak jam 11 pagi hingga 4 petang ini, hanya 15 orang pelanggan melepasi SOP terutama lengkap dua dos vaksin selain memastikan mereka mendaftar masuk melalui MySejahtera.

"Kebiasaannya saya menerima kira-kira 30 orang pelanggan kadang-kadang cecah 50 orang, namun disebabkan pendemik dan ada SOP baru perlu dipatuhi, kami akur dan terpaksa menolak beberapa pelanggan yang belum lengkap vaksin," katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa membuat tinjauan di premisnya pada Isnin.

Katanya, dia juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan kerap membasuh tangan selain disinfeksi pelanggan yang memasuki premisnya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2021 09:17 AM | Show all posts

Antara notis yang ditampal oleh Joanne di hadapan premisnya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2021 09:28 AM | Show all posts

Hanya pelanggan sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan masuk ke dalam sebuah kedai emas di Seremban.

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Pemilik kedai emas sekitar daerah ini, mengambil langkah berjaga-jaga dengan hanya membenarkan individu yang sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 sahaja masuk ke dalam premis.



Mereka yang belum melengkapkan vaksin, hanya boleh berurusan di luar sahaja, yang akan dibantu oleh pembantu kedai.


Kedai emas antara perniagaan yang dibenarkan beroperasi di Fasa 1, setelah beberapa kelonggaran diumumkan kerajaan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 bermula pada hari ini.





Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 17-8-2021 09:41 AM

kek semenanjung...dpt dos lengkap baru dpt msk kedai...tauke/pekerja kedai cam x wajib plak...kek Swak....lengkap 2 dos...baru u boleh buka kedai...dan msk kedai
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetap tak berani.. buatnya orang tu ada varian delta, delta plus, bamda ke apa ntah yg dari peru tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.069178 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list