CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1032|Reply: 5

[Sarawak] Bahagian Miri capai lebih 80 peratus imuniti kelompok

[Copy link]
Post time 16-8-2021 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-8-2021 01:11 PM

Bahagian Miri capai lebih 80 peratus imuniti kelompok

Lee bersama (tengah) bersama Dr Jack (depan, dua kanan) serta Dr Raviwharmman (depan, dua kiri) dan yang lain, menunjukkan angka 80% capaian bagi penduduk di Miri yang berjaya melengkapkan penerimaan dua dos vaksin COVID-19.

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga menteri bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin, mengumumkan bahagian ini berjaya mencapai 80.28 peratus imuniti kelompok COVID-19 sehingga 15 Ogos 2021.
Lee mengumumkan demikian selepas selesai melakukan tinjauan di tiga buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam iaitu di PPV Dewan Dato’ Lee Teck Fook, PPV Dewan Eastwood Valley dan PPV Dewan Universiti Curtin di sini, hari ini.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan di ketiga-tiga PPV terbabit, yang telah memastikan kelancaran proses pemberian vaksin kepada orang ramai.

"Seramai 278,804 orang (89.63 peratus) daripada penduduk dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas di bahagian Miri telah mendapat dos pertama mereka dan 249,712 (80.28 peratus) orang telah mendapatkan dos kedua sekali gus melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka pada 15 Ogos 2021.

"Ini sekali gus menjadikan bahagian Miri mencapai 80.28 peratus imuniti kelompok bagi membendung penularan COVID-19," ujar beliau lagi.

Berdasarkan data Jabatan Statistik Malaysia, terdapat 311,035 populasi penduduk berumur 18 tahun dan ke atas di bahagian Miri yang layak mendapatkan imunisasi tersebut.

Sehubungan itu, Lee turut mendedahkan bahawa laporan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Miri semalam mengesahkan situasi COVID-19 di bahagian Miri terkawal malah pihak Hospital Miri turut memaklumkan tiada pesakit COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri.

Dalam pada itu, JPBB Miri turut memaklumkan kepada orang ramai bahawa PPV Dewan Dato Lee Teck Fook (di Sekolah Menengah Riam Road) akan berhenti beroperasi sebagai PPV Awam selepas 22 Ogos ini.

Menurut Lee, program vaksinasi seterusnya akan disambung di Hospital Miri pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

"Bagi penerima dos kedua di PPV tersebut, mereka akan menerima vaksin di Hospital Miri dan hendaklah hadir mengikut tarikh yang ditetapkan seperti dalam kad vaksinasi.

"Sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Unit Vaksinasi Hospital Miri di nombor 085-422634 dan 085-422734," ujar beliau.

Manakala bagi PPV Awam yang lain di Daerah Miri masih lagi kekal beroperasi sehingga 31 Ogos 2021.

Turut hadir mengiringi Lee mengadakan tinjauan ke PPV berkenaan hari ini ialah Pemangku Residen Bahagian Miri, Jamalie Busri; Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong; Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr. P. Raviwharmman Packierisamy serta Setiausaha Bandaraya, Majlis Bandaraya Miri. Morshidi Fredrick.


Utusanborneo/2021/08/16



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2021 09:45 PM | Show all posts
boleh tak kalau miri dilonggarkan sekatan for few months and let see result?

curious

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 16-8-2021 09:45 PM
boleh tak kalau miri dilonggarkan sekatan for few months and let see result?

curious


tempat buat 'ujikaji'...???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 16-8-2021 09:45 PM
boleh tak kalau miri dilonggarkan sekatan for few months and let see result?

curious

Janganlah ckp gitu. Family iols kt sana.  Huhu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 09:27 AM | Show all posts
Skuau replied at 16-8-2021 10:37 PM
tempat buat 'ujikaji'...???

sbb dah 80% tempat lain mcm tak naik graf tu nak tahu jua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 09:28 AM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 17-8-2021 12:28 AM
Janganlah ckp gitu. Family iols kt sana.  Huhu.

family dh cucuk vaksin? kalau yg ada sakit teruk dpt nasihatkan beberapa doctor dulu.

moga kita semua selamat dunia akhirat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.515392 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list