CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1675|Reply: 1

Ar-Rahnu Express sedia terima pelanggan

[Copy link]
Post time 15-8-2021 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ar-Rahnu Express (di bawah Koperasi Habib Malaysia Berhad) bersedia menerima kehadiran pelanggan di semua cawangannya dengan menyediakan kakitangan terlatih untuk mengendalikan transaksi dengan cekap mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Berikutan penutupan beberapa sektor lain, ketika ini, memberi impak dari segi ekonomi dan kewangan rakyat di mana ada antara mereka terpaksa diberhentikan kerja atau kehilangan mata utama pencarian di samping simpanan wang yang semakin menyusut.

Ini menyebabkan segelintir masyarakat terpaksa bergantung kepada aset emas simpanan mereka bagi menampung perbelanjaan harian.

Dalam kenyataan, Ar-Rahnu Express berkata, semua cawangannya kekal beroperasi setiap hari sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), termasuk hari cuti umum terpilih.

Katanya, Ar-Rahnu Express menawarkan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah Islam dan pembiayaan mikro yang mudah dan pantas untuk membantu orang ramai menukarkan emas mereka kepada tunai.

"Ar-Rahnu Express menawarkan perkhidmatan pembiayaan kepada pelanggan melalui pajakan atau gadaian emas.

"Selain itu, kami turut menerima pelbagai jenis barangan emas seperti jongkong emas dan dinar emas, emas pelbagai mutu daripada 999 sehingga emas 375, emas putih, emas Oro Italia 916 dan emas rosak.

"Ar-Rahnu Express juga menerima berlian dan barangan kemas batu permata dan mutiara sebagai barang pajakan, seterusnya menawarkan lebih pilihan kepada pelanggan," katanya.

Selain itu, menurutnya untuk peniaga kecil dan usahawan yang mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan juga boleh mendapatkan modal pusingan dengan hanya mencagarkan barangan kemas atau menjual emas lama mereka bagi mendapatkan tunai dengan segera tanpa sebarang komitmen.

"Ini kerana Ar-Rahnu Express juga menawarkan servis pembelian barang kemas dan kami menawarkan harga yang kompetitif dalam pasaran.

"Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ar-Rahnu Express amat mudah di mana pelanggan yang berusia 18 tahun ke atas hanya perlu membawa kad pengenalan atau pasport dan barangan kemas untuk dicagar atau dijual bagi mendapatkan pembiayaan dan pulangan tunai dan perkhidmatan ini terbuka untuk warganegara dan bukan warganegara," katanya.

Ar-Rahnu Express turut menawarkan pelbagai perkhidmatan percuma seperti ujian mutu emas, pengiraan zakat emas dan khidmat cucian emas.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari arrahnuexpress.com dan ikuti Instagram (@arrahnuexpress) atau Facebook (Ar-Rahnu Express).

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 10:33 PM | Show all posts

AR Rahnu Express.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.058987 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list