CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 1

Vinales minta maaf sengaja rosakkan jentera

[Copy link]
Post time 15-8-2021 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Spielberg bei Knittelfeld: Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales memohon maaf selepas digantung oleh Yamaha daripada menyertai Grand Prix (GP) Austria minggu ini kerana disyaki sengaja merosakkan jenteranya di GP Styrian minggu lalu.

Vinales menduduki tempat terakhir ketika saingan Ahad lalu selepas perlumbaan dimulakan semula yang menyaksikannya masuk ke hentian pit pada pusingan terakhir.

Yamaha pada Khamis lalu berkata, mereka sudah menggantung Vinales berikutan cara dia mengendalikan jentera pada hujung perlumbaan berkenaan.

"Pada akhirnya ia adalah disebabkan rasa kecewa, selain rasa tekanan," kata Vinales di laman web rasmi MotoGP.

"Saya menunggang jentera dengan cara berbeza di pusingan terakhir. Itu adalah berkaitan emosi dan kekecewaan yang tinggi."

"Saya mahu meminta maaf kepada Yamaha," katanya di Red Bull Ring di Spielberg, litar untuk perlumbaan minggu lalu dan minggu ini.

"Saya rasa sangat sedih. Saya mempunyai jiwa pejuang dan mahu beraksi di litar. Saya masih lagi pelumba Yamaha dan menghormati keputusan mereka," kata pelumba berusia 26 tahun itu.

Vinales dan Yamaha pada hujung Jun lalu mengumumkan akan menamatkan kontrak lebih awal, iaitu sehingga hujung tahun ini.

Vinales dijangka berhijrah ke Aprilia pada 2022.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 08:22 PM | Show all posts

MAVERICK Vinales. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052218 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list