Kuarters pekerja di Bintulu dikenakan PKPD
KUCHING: Kuarters Pekerja Yuk Juan Transportation Sdn Bhd di Bintulu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata arahan PKPD ini berkuatkuasa mulai 13 hingga 26 Ogos ini. Manakala PKPD di Mega Jutamas Sdn Bhd di Sungai Kabulu, Ulu Suai, Niah di Subis dan Rumah Panjang Peter Kampung Rapak Penyau, Pantu Sri Aman dilanjutkan mulai 15 hingga 21 Ogos ini.
“PKPD di Shoplot 21,22 dan 23, Kemena Industrian Estate, Jalan Bintulu-Tatau di Bintulu ditamatkan hari ini.
“Selain itu PKPD di Rumah Sewa Leader Garage dan Bilik Sewa (atas kedai kosong sebelah Velton Inn) di Bintulu serta Kuarters Pekerja, Ladang Pelitanah 1 dan 2 di Dalat juga ditamatkan hari ini,” katanya
Mengenai laporan notis kompaun pula, polis Sarawak telah mengeluarkan tujuh kompaun di Kuching atas kesalahan ingkar garis panduan (SOP).
Polis turut menangkap empat individu terdiri daripada seorang warganegara Indonesia dan tiga warganegara tempatan atas kesalahan permit rentas daerah tidak sah.
Manakala dua lagi warganegara Indonesia ditangkap kerana melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) Sri Aman.
Sementara itu Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) Sarawak mengeluarkan masing-masing satu kompaun di bawah seliaan Majlis Daerah Bau, Majlis Perbandaran Kota Samarahan dan Lembaga Kemajuan Bintulu.
utusanborneo.com.my/2021/08/14
|