CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2862|Reply: 7

Wanita tidak tertarik dengan lelaki miliki ramai sahabat perempuan

  [Copy link]
Post time 14-8-2021 03:09 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki yang memiliki ramai rakan wanita menjadikan dia kelihatan seperti mempunyai banyak pilihan teman wanita. – Shutterstock


Wanita tidak tertarik dengan lelaki miliki ramai sahabat perempuan

VICTORIA, AUSTRALIA – Satu kajian mendapati  lelaki yang mempunyai ramai kenalan wanita dilihat kurang menarik bagi kebanyakan wanita lain, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ini kerana keadaan itu akan menjadikan seseorang lelaki tersebut kelihatan seperti mempunyai banyak pilihan teman wanita.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Monash itu mendedahkan, situasi itu seterusnya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wanita bahawa golongan tersebut berkemungkinan sukar untuk dihampiri dan 40 peratus kurang menarik.

Selain itu, lelaki yang sering dilihat mempunyai ramai rakan wanita turut dianggap kurang mempunyai rasa rendah diri.

“Seorang lelaki yang memberitahu bahawa dia mempunyai ramai rakan wanita dianggap sombong.

“Selain itu, lelaki yang mendakwa bahawa dia mempunyai bilangan rakan wanita yang ramai turut dianggap seperti melebih-lebihkan cerita.

“Ini seterusya membawa kepada syak wasangka dan rasa tidak percaya,” kata penyelidik kajian tersebut, Dr. Ryan Anderson.

Dalam pada itu, kajian  sama turut mendapati, wanita yang mempunyai ramai rakan lelaki dilihat kurang menarik pada mata lelaki.

Selain itu, meskipun mempunyai rakan berlainan jantina dianggap sebagai satu faktor yang mengurangkan daya tarikan seseorang, penyelidik mendapati perkara sama turut berlaku jika individu memiliki rakan yang terlalu sedikit.

Wanita yang mempunyai bilangan rakan lelaki yang amat sedikit dianggap tujuh peratus kurang menarik dalam kalangan lelaki. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2021 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul jugak tu. Nasib baik suami aku dulu tak banyak kawan wanita. Aku sorang je dia aim
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
yeke hmm

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 04:15 PM | Show all posts
sebab salah sorang tu mesti ada yg akan jadi racun
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Asben aku ramai oo kwn perempuan masa dia bujang.
Sama la mcm aku ramai kwn lelaki berbanding perempuan.
Tapi pas kawin dua2 sedo diri ada tggjwb masing2.
Kwn2 aku jd kawan2 dia begitu gak sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 06:17 AM | Show all posts
Well, will a man be comfortable with me having a lot of guy friends??? Most will not accept, so why should I accept???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2022 04:13 PM | Show all posts
lelaki juga tidak tertarik dgn wanita yg mempunyai ramai teman lelaki...i think this goes both ways...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 02:45 PM | Show all posts
Betul la tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.080002 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list