Edited by Vellfire at 14-8-2021 02:53 AM
Main futsal, 20 remaja dikompaun
Sepasukan polis di lokasi 20 remaja bermain futsal.
SIBU: Dua puluh remaja lelaki dikompaun RM1,500 masing-masing kerana tidak mematuhi garis panduan (SOP) dengan bermain futsal di gelanggang pelbagai guna di Jalan Tekam di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung sekumpulan remaja yang bermain Futsal pada pukul 6.40 petang. "Pasukan polis yang diketuai oleh ASP Kushairy Bujang bergegas ke lokasi dan mendapati seramai 20 lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun sedang asyik bermain di gelanggang tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mereka dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana melanggar Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PKTJ) Perlanjutan Kuasa No.2) 2021.
"Bermain futsal adalah sukan bersentuh yang tersenarai dalam sukan tidak dibenarkan," jelasnya.
Utusanborneo/2021/08/13
|