View: 8752|Reply: 110
|
Hari-hari Peluk Jenazah, Tokoh Ma'al Hijrah Tak Hadir Terima Anugerah Takut Seba
[Copy link]
|
|
Ketika dimaklumkan terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 2021/1443H yang disambut pada 10 Ogos lalu, seorang penggali kubur bagaikan tidak percaya dan terkejut dengan berita itu.
Roslee Ali memberitahu dia tidak pernah menganggap kerjayanya itu mempunyai sebarang kesitimewaan apatah lagi sehingga melayakkannya menerima anugerah berprestij.
Sepanjang 11 tahun bergelar penggali kubur, Roslee, 63, memberitahu dia bekerja dalam bidang itu semata-mata ingin berbakti kepada masyarakat selain melakukan tuntutan fardu kifayah sebagai seorang Islam.
Kredit foto: mStar
"Ketika mendapat panggilan diberitahu tentang anugerah yang bakal diterima, saya memang terkejut namun berasa terharu kerana usaha dan sumbangan selama ini mendapat perhatian.
"Rasa tidak percaya pun ada tetapi Alhamdulillah atas penghargaan yang diberikan.
"Sejujurnya ini bukan kemenangan saya seorang tetapi ia mewakili seluruh barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, khariah masjid, sukarelawan, serta semua penggali kubur yang ada... ini adalah kemenangan untuk semua," katanya kepada mStar.
Roslee menerima Anugerah Tokoh Barisan Hadapan iaitu kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun ini manakala Anugerah Tokoh Utama Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan dianugerahkan kepada Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat yang juga mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Selain Roslee, empat lagi penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1443H Anugerah Khas turut diberikan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari menerusi Anugerah Tokoh Barisan Hadapan, Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd, Datuk Dr Ramly Mokni (Anugerah Tokoh Korporat).
Dua lagi penerima adalah pengacara dan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya (Anugerah Tokoh Pendakwah Kreatif) dan Pembantu Mubaligh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Nur Maisarah Leong Yoke Keen (Anugerah Tokoh Mualaf).
Bagaimanapun Roslee tidak dapat menghadirkan diri bagi mengambil sendiri anugerah diberikan kerana merasakan dirinya berisiko terhadap orang lain memandangkan dia sering menguruskan jenazah Covid-19 setiap hari.
"Hendak pergi tetapi hari-hari saya terlibat menguruskan jenazah Covid-19, memegang dan memeluk jenazah untuk dikebumikan. Jadi risiko agak tinggi meskipun saya memakai PPE lengkap.
"Jika pergi mengambil anugerah mungkin ada kebarangkalian boleh menyebarkan wabak, jadi lebih baik saya elakkan. Insya Allah ada masa sesuai saya akan mengambil anugerah itu," jelasnya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus beliau...ada common sense... x mcm ahlul polixxx...moga terus dirahmati Allah |
|
|
|
|
|
|
|
tokoh maal hijrah. ikhlas berbakti dan tidak penting diri. x cari cloud tapi berkhidmat utk masyarakat sejagat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pakcik. Unsung hero |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pakcik... Unsung hero... |
|
|
|
|
|
|
|
Hero yang tidak pandai menyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pakcik. Jelas pakcik menunjukkan keikhlasan dalam bekerja. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus pakcik ni dpt berfikir mcm tu sbb ramai org yg tak dpt fikir mana A dan B dah masa ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus pakcik...u are such a true hero...
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat tahun dulu seseorang yang dapat anugerah pi ambik gambar tkdk mask (lupa pemberi award ka siapa yg tk pakai mask) lepaih tu ber-sabit laki ngamuk2 sbb jeles spouse tak ajak bergambar skali. Harap pakcik ni tknk hadir terima award bukan sebab spouse jeles |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat sangat kerja dan fikiran pak cik! |
|
|
|
|
|
|
|
hebat pakcik
kadang2 yg low profil jauh lebih hebat dpd yg dok bervideo memanjang |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus pakcik boleh berfikiran rasional. Tak macam sesetengah orang tu.. dah merayap ke sana ke sini pastu hairan bila positif |
|
|
|
|
|
|
|
tinggi pemikiran nya walau kerja nya hanya penggali kubur.
moga pakcik sihat walafiat dan terhindar dari bahaya covid |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca komen kat ig yg mengenali pakcik ni
dia bermula sebagai penggali kubur sebab nak melawat pusara bini setiap hari
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah hebat pakcik ni..tahniah2x |
|
|
|
|
|
|
|
Salut dan respect kat pok cik ni.. Semoga djauhi dari jangkitan covid dan dberi keberkatan d dunia dan akhirat |
|
|
|
|
|
|
| |
|