CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 685|Reply: 0

[Sabah] Orang Ramai Berpusu-Pusu Datang Ke PPV ‘Walk-In’, Cetus Kebimbangan Muncul Klust

[Copy link]
Post time 12-8-2021 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Orang Ramai Berpusu-Pusu Datang Ke PPV ‘Walk-In’, Cetus Kebimbangan Muncul Kluster Baru Di Sandakan

Kelihatan orang ramai berpusu-pusa hadir di pusat vaksinasi ‘walk-in’ di Taman Harmoni, Sandakan. Foto: The Star

SANDAKAN: Ratusan orang berkumpul ketika pusat vaksinasi ‘walk-in’ pertama di Sandakan mula dibuka pada Khamis, sekaligus menimbulkan kebimbangan ramai mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

RATUSAN orang berkumpul ketika pusat vaksinasi ‘walk-in’ pertama di Sandakan mula dibuka pada Khamis, sekaligus menimbulkan kebimbangan ramai mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Pemimpin setempat menyuarakan kebimbangan kemungkinan berlakunya penularan jangkitan ketika orang ramai berpusu-pusu hadir, yang menyaksikan sekitar 300 dos vaksin diberikan dalam tempoh tiga jam sejak pusat tersebut memulakan operasinya.

Adun Elopura, Calvin Chong berharap pihak berkuasa dapat memantau bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP di setiap pusat vaksinasi.

“Orang ramai berpusu-pusu dan penting bagi setiap orang untuk mengambil langkah berwaspada,” katanya yang dalam masa sama menyambut baik langkah mewujudkan pusat vaksinasi ‘walk-in’ di kawasan tersebut.

Tambahnya, langkah tersebut dapat membantu mempercepatkan proses vaksinasi di Elopura, di mana banyak kawasan sering diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Chong turut mencadangkan agar pusat vaksinasi bergerak diwujudkan di kawasan perumahan dan kawasan tertentu untuk memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan tersebut. – The Star



Sabahpost/2021/08/12



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.267162 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list