View: 13824|Reply: 121
|
"Tak Akan Basuh Telekung Putih Ini Selama-Lamanya."
[Copy link]
|
|
Biarpun ja-sad isteri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sudah tiada, barang-barang miliknya dan kenangan manis hidup bersama selama 11 tahun akan mekar dalam ingatan pelawak, Shuib.
Shuib atau nama lengkap-nya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, salah satu daripada barangan itu ialah sehelai te-lekung kegemaran arwah iste-rinya yang tidak akan dibasuh selama-lamanya.
Kata Shuib, telekung berwarna putih yang selalu dipakai pelantun lagu Kesetiaan itu kini menjadi peninggalan pa-ling berharga untuk dikenang dan menemani hidupnya selain empat zuriat mereka.
Foto: IG
“Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi, memang tak akan dibasuh. Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahukbar.
“Insya-Allah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana,” kata Shuib usai majlis tahlil dan doa selamat yang dianjurkan secara maya malam kelmarin.
Majlis tahlil dan doa selamat melibatkan kira-kira 600 orang itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Bercerita lanjut mengenai kehidupan tanpa isteri di sisi, Shuib memberitahu, ia ibarat mimpi, namun sedikit demi sedikit dia sudah mula mene-lan realiti pahit tersebut.
“Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada,” katanya.
Sementara itu, juara Raja Lawak musim ketiga itu menyifatkan bayi keempatnya, Ayash Affan yang dilahirkan secara pembedahan pada Jumaat lalu sebagai hadiah paling berharga daripada arwah isterinya.
“Dia memilih nama dan tarikh bersalin pada 30 September, namun dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami,” katanya.
Dalam pada itu, hasrat Shuib untuk menatap wajah Ayash Affan semalam terpaksa dipendamkan atas nasihat pihak hospital bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan Covid-19.
Pengurus Siti Sarah, Nana Mohammad Rom berkata, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz menghubungi Shuib dan berbincang mengenai lawatan ke atas Ayash Affan yang dilahirkan pramatang.
“Shuib juga memahami si-tuasi pandemik kerana dia juga amat mementingkan kesihatan bayi serta semua yang berada di wad dan sedia menanti sehingga keadaan bayinya betul-betul sihat,” katanya.
Alahyarham Siti Sarah, 37, meninggal dunia pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan akibat komplikasi disebabkan jangkitan Covid-19. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Byknya thread psl ss. Taktau nk komen yg mana. Compile jd satu kn sng |
|
|
|
|
|
|
Làlisá This user has been deleted
|
serious lah? banyak sangat thread nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
"telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana"
Pulak dah. Baik ko buat shrine terus.
Baideway, kalau kes camni bukan bini yg gadaikan nyawa dia tp suami tu yg bagai gagal jd ketua bimbing isteri ngandung zaman covid ni sampai bini hilang nyawa. Tak gitu? Vaksin tidak, jalan sana sini kemain.
|
|
|
|
|
|
|
|
mod patut bincang pasal lambakan thread topik sama ni... kesian shuib dan arwah... drp org simpati tp masuk forum jadi menyampah sbb terrrrlalu banyak thread isu sama |
|
|
|
|
|
|
|
Thread dr soeb pun dh berlambak
Belum lagi thread dr artis lain pasal arwah Sarah..
Biarlah Sarah pergi dgn aman. Nk kenang pun simpan la sendiri, share dgn anak2, famili. Tak perlu nak berIg live cerita pasal semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut hang la soeib...sok ni ada bini baru, telekung tu pun entah2 ko campak ke mana |
|
|
|
|
|
|
|
lama2 sok org menyampah dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
esok shuib rindu kuali ss benang baru, rindu kasut ss benang baru... |
|
|
|
|
|
|
|
di dalam islam
tiada istilah tahlilan, baca yassin tu mmg amalan bagus,
tapi tiada dalil yg mengatakan it will help roh2 yg
sudah tiada
harap sgt org Islam ni kurangkan benda2
yg tidak pernah dilakukan oleh Nabi atau para sahabat
precovid siap buat kenduri, dah mcm org cina berkabung
atau xristians seusai tanam blk rumah mkn2 |
|
|
|
|
|
|
|
Okay dahlah. Move on lah forum cari drpd cerita shuib ya. Udah udahlah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
X yah la bukak thread byk2
Jadi orang meluat nnt.
Please kawan2.
Makin teruk pulak |
|
|
|
|
|
|
|
OsHiN_hOnEy replied at 12-8-2021 03:02 PM
di dalam islam
tiada istilah tahlilan, baca yassin tu mmg amalan bagus,
tapi tiada dalil yg menga ...
Yg tahlil tu kita blh buat untuk niat sedekah...vari phla bg yg mmpu..kalaubyg x mmpu..x di wajibkn pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
benda boleh clickbait kan
kalo nak kurangkan reputz cover cerita
tuan punya diri kena belajar zip mulut
dan tiada lagi buat igs atau live
tapi mampu kah? |
|
|
|
|
|
|
|
hmm okayy{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
zallama replied at 12-8-2021 03:09 PM
Yg tahlil tu kita blh buat untuk niat sedekah...vari phla bg yg mmpu..kalaubyg x mmpu..x di wajibk ...
pahala apa?
pahala sedekah yer
pahala transfer ke arwah
mmg tiada yer
3 sahaja amalan yg kita bawa
kena beringat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yg dah pegi tu biarlah pegi. Tak payah la setiap kali tgk pos theyols nak nangis meratap . Dlm islam pun larang benda tu. Adoi mcm2 laa..awal2 mmg rasa sedih pemergian arwah tp tgk wanita semalaysia punya lah meratap dan berlebih2 taksub, rasa mcm tak betul benda ni. Berserdahana je sudahlah. Tayah la melebih2. Dasar netizen betulla |
|
|
|
|
|
|
|
Ko muda gak lagi ib, esok lusa Allah bukakan pintu hati nk kahwin lain.. so eloklah simpan sket xyah sume bnda nk share kat socmed.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|