CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 763|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak perlu lindungi individu berusia 18 tahun ke bawah

[Copy link]
Post time 11-8-2021 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak perlu lindungi individu berusia 18 tahun ke bawah



KUCHING: Sudah tiba masanya bagi Sarawak untuk bertindak bagi melindungi kumpulan berusia di bawah 18 tahun daripada jangkitan  dan menjadi korban Covid-19.

Menurut Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Sarawak memohon kepada Kumpulan Penasihat Vaksin Covid-19 Sarawak (SCOVAG)  agar kumpulan itu diberi vaksin.

Beliau mengulas demikian susulan 260 kes atau 31 peratus daripada 836 kes jangkitan di negeri ini semalam terdiri daripada golongan terbabit.

“Kita tidak dapat menunggu lagi dasar PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) jadi kita meminta  SCOVAG untuk menilai kumpulan ini untuk divaksin,” katanya menerusi catatan Facebook beliau.

Menurut Dr Sim, daripada 836 kes direkodkan semalam 114 kes atau 13.6 peratus ialah mereka berusia 18 tahun ke atas tetapi belum divaksin.

Jelasnya lagi, daripada 116 kes (13.8 peratus) kes direkodkan telah mendapat dos pertama vaksin Covid-19.

Katanya,  kumpulan terbabit akan berkurangan memandangkan di Sarawak ia hampir mencapai 99.9 peratus untuk janji temu bagi  dos kedua.

“Daripada jumlah kes direkodkan semalam juga 346 kes (41.4 peratus) mereka yang telah lengkap  mendapat dua dos dan angka  ini yang perlu dianalisis lebih  lanjut,” katanya.

Beliau berkata 77 peratus atau 645 kes yang direkodkan di seluruh Sarawak semalam adalah di tiga kawasan,  iaitu di Kuching-Samarahan-Serian antaranya,  mungkin disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi.


sarawakvoice.com/2021/08/11

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 2.505107 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list