View: 1556|Reply: 7
|
Hinanya Perangai Bapa Joli Duit Wasiat Anak
[Copy link]
|
|
Seorang bapa tergamak berjoli dengan harta peninggalan yang diwariskan kepada anak lelakinya berjumlah 38,000 pound (RM222,000) dengan menggunakannya untuk membeli alkohol, dadah dan bercuti.
Lapor Mirror, harta peninggalan itu disediakan oleh nenek kepada remaja itu dengan menyediakan simpanan untuk cucunya supaya dapat digunakan selepas mencecah 18 tahun untuk membiaya pendidikan semasa di universiti kelak.
Mahkamah Swansea Crown memberitahu, selepas wanita itu meninggal dunia pada 2015, lelaki itu menjadi pemegang amanah bagi akaun simpanan tersebut dan menghabiskannya mengikut nafsu.
Kredit foto: Mirror
Pihak pendakwa memaklumkan terdapat 38,167 pound (RM223,607) dalam akaun tersebut.
Anaknya yang sudah berusia 18 tahun menulis surat kepada ayahnya untuk menuntut wang itu, tetapi Caulfield menjawab tiada baki yang tinggal kerana semua wang itu digunakan untuk membeli dadah dan alkohol.
Daniel Caulfield yang menjalankan perniagaan membersihkan permaidani kelihatan menangis di kandang tertuduh selepas dijatuhkan hukuman penjara.
Hakim mengecam tindakan jahat itu sebagai perbuatan yang sangat ‘hina’.
Sumber: Utusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmmmmmm
kesian anak nyaaa
hak nya dijoli dek apak untuk benda2 laghaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak masuk pnjara.. duit hangus.. sian bdk tu nk smbng blajaq ke apa pn x boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nenek..sia sia jah menabung
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu taik dadah, pemabuk ni memang tak de perasaan.....suka hati dorang je nk buat apa |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal dadah, duit ada juta2 pun leh habes |
|
|
|
|
|
|
|
Silap pilih orang untuk pegang amanah |
|
|
|
|
|
|
|
ye.. mmg la tersangat hina |
|
|
|
|
|
|
| |
|