View: 1119|Reply: 6
|
Gagal Kekang Covid-19, Pegawai Di China Dihukum! Malaysia Patut Buat Tak?
[Copy link]
|
|
Sebilangan pegawai pentadbiran di China dihukum kerana gagal mengekang penularan wabak Covid-19 yang mengakibatkan hampir 900 jangkitan simptomatik di seluruh negara dalam tempoh kurang sebulan, lapor akhbar Bangkok Post semalam.
Bandar Yangzhou di timur China mengeluarkan amaran kepada lima pegawainya kerana gagal mengendalikan ujian saringan besar-besaran dengan betul sehingga dikatakan menyebabkan virus itu berterusan menular.
Selain itu, lebih 30 pegawai di seluruh China terdiri daripada datuk bandar, pengarah kesihatan tempatan, ketua hospital dan lapangan terbang turut dihukum kerana cuai serta gagal menangani wabak itu dengan baik.
Kredit foto: AFP
China kini berdepan penularan Covid-19 terburuk sejak wabak itu mula tercetus di Wuhan pada Disember 2019. Wabak terbaharu ini telah menular di lebih separuh daripada 31 wilayahnya.
Meskipun sebahagian besar penduduk China telah divaksinasi, pihak berkuasa tetap melakukan ujian saringan besar-besaran dan melaksanakan perintah berkurung secara bersasar bagi mengekang virus tersebut.
Di Wuhan, angka jangkitan meningkat sehingga memaksa pihak berkuasa melakukan ujian saringan ke atas 11.3 juta penduduk pada hujung minggu lepas.
Sementara itu, wilayah Henan yang baru pulih daripada bencana banjir besar yang membunuh lebih 300 penduduk pada Julai lepas turut merekodkan kenaikan kes dengan satu kluster berpunca dari sebuah hospital di bandar Zhengzhou kini menular ke lokasi-lokasi lain.
Setiausaha Parti Komunis Wilayah Henan, Lou Yangsheng sebelum ini berikrar untuk menghentikan wabak itu di wilayah tersebut menjelang akhir bulan ini.
Susulan itu, beliau menggesa para pegawai untuk melaksanakan langkah-langkah sekatan untuk mengawal dan mencegah Covid-19 di kawasan pedalaman.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
itu kalo law ini macan....sini Malaysia..mesti sumer cakap.."wa kasi lu olang puat". |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada gagal? Lobai berjaya kurangkan kes dgn buat darurat jerr |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat tanahair jangan harap ler mula2 je bising lepas tu krik krik krik |
|
|
|
|
|
|
|
Kat China ni kalau pegawai buat rasuah pun dihukum bunuh aje. Kat Msia masih aman2 dengan muka tembok masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sgt patuttttt esp kt barisan menteri xguna sesen tu.. Helok sgttt |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sana pun kalau kau komen lebih2 pasal langkah2 gomen melawan Covid, esok lusa tau2 dah hilang, tak dapat dikesan. Kalau tak follow SOP, takde denda, tangkap terus... |
|
|
|
|
|
|
| |
|