CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1404|Reply: 5

[Sarawak] Seludup Milo balik guna jalan tikus

[Copy link]
Post time 9-8-2021 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Seludup Milo balik guna jalan tikus



SERIAN:
Tindakan mencurigakan seorang wanita berada di kawasan hutan sempadan di Kampung Mongkos sekitar jam 8 malam Jumaat lalu membawa padah selepas suspek dikesan merupakan pendatang asing tanpa izin (Pati).

Suspek berusia 30-an itu dikesan berseorangan diri sambil membawa beberapa bungkusan berupa serbuk Milo dipercayai dibeli di kawasan kampung berdekatan untuk dibawa balik ke negara asal.

Mengesahkan kejadian Pegawai Medan Sektor B Ops Benteng Asisten Superintendan Megat Faizal Megat Fuad berkata, suspek seterusnya dikenakan tindakan pengusiran serta-merta oleh pasukan operasi.

“Ketika disoal siasat suspek mengaku telah memasuki Sarawak melalui salah satu laluan utama jalan tikus di kawasan hutan kampung Mongkos sejak beberapa hari lalu sebelum bertindak untuk berpatah balik semula ke kawasan sempadan.

“Pasukan operasi telah bertindak mengusir semula suspek melalui jalan yang mereka lalui untuk masuk ke Sarawak sebelum ini,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak ketika melakukan rondaan kawalan di Kampung Mongkos semalam.

Dedahnya, tindakan pengusiran serta-merta dilakukan bagi memastikan tiada tindakan sentuhan dilakukan di antara pasukan operasi dan suspek dalam usaha membendung penularan virus Covid-19.

Jelas beliau, pihak polis turut mematuhi prosuder operasi standard (SOP) sepanjang melakukan kawalan dan pemantauan Ops Benteng di lokasi kejadian.
Ulasnya, jalan tikus yang digunakan oleh suspek merupakan salah satu laluan panas untuk pati masuk ke Sarawak secara haram di samping cuba mengelak daripada dikesan oleh pihak polis.

Tegas beliau, Pasukan Gerakan Am (PGA) khususnya pasukan peronda terlibat Ops Benteng telah pun meningkatkan kawalan bagi memastikan kemasukan pati secara haram di lokasi berkenaan dapat dibendung.




suarasarawak.my


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Penangan milo
Indon tak tido lena weiii
Sanggup.lalunjalan tikus
Kalau kat opis2..depa.sanggup.songlap woo..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 9-8-2021 10:01 AM

Cleaner kat ofis SG kalau balik indon mmg akan beli milo ber pek2 ...sbb dia kata milo malaysia sedap banding indon...betul lah kot sbb time SG jenjalan g indon dulu mmg x sedap pon ...kurang koko...sama mcm kita suka milo aussie compared to milo sini

Lg satu, kalau cleaner ada duit lebih dia akan beli emas malaysia... sbb emas sini kandungan % emas lebih dr indon...so jual kat kat sana value lebih tinggi...cuma skrg ni x tau laa sama lagi ke x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur indong tak claim milo tu hak mutlak ciptaan nenek moyang diorg hahahha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Manis jah milo xde rasa koko sgt..indo suka maneh2. Cer tgk diorg buat apam balik selori milo susu dicurah..ya ampunnn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 09:43 AM | Show all posts
krustykrab replied at 9-8-2021 10:01 AM
Mujur indong tak claim milo tu hak mutlak ciptaan nenek moyang diorg hahahha
hahaha baca artikel ... terus nak tulis ....
nasib baik indon tak claim...

uols lebih cepat lebih pantas

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.262076 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list